Saturday, June 18, 2011

YUSOF HASLAM MEMOHON MAAF...SEMUA SUDAH SELESAI.

18/06/2011-02:53pm
Alhamdulillah akhirnya selesai,kena belanja makan tak Mr Yusof ..huhu!?

Yusof Haslam, Pekida Berdamai
Sabtu Jun 18, 2011 MYT 12:27:22 PM



Datuk Yusof Haslam dan Pekida berdamai.Foto THE STAR Oleh: AZLINA ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memohon maaf terhadap filem terbitanya KL Gangster yang telah menyinggung perasaaan sebuah pertubuhan Pekida.
Menurut Yusof, bagi menjernihkan keadaan dan mencari pendamaian dia dengan rendah diri memohon maaf atas kontroversi yang berlaku.
"Kalau filem KL Gangster menyinggung perasaan pihak Pekida, saya menyusun 10 jari memohon maaf bagi menjernihkan keadaan.
"Demi Allah, pihak kami tidak mempunyai niat walau sebesar kuman untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, kontroversi yang berlaku mungkin salah faham dan terlepas pandang," katanya selepas mengadakanpertemuan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) pada Majlis Kesyukuran dan Musyawarah di Restoran Haslam, di sini, Jumaat.
Majlis terserbut turut dihadiri Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman dan penerbit filem, David Teoh.
Majlis musyawarah itu diadakan bagi menjernihkan isu filem KL Gangsterdan Kongsi telah menggunakan gelaran yang sinonim dengan Pekida seperti Ayahanda, Abang Long dan Abang Kawasan.
Tambah Yusof, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam menerbitkan filem akan datang terutamanya sekuel KL Gangster tidak lama lagi dan akan memastikan isu sama tidak timbul.
“Saya akan membuat pemantauan lebih teliti terhadap filem arahan anak saya (Shamsul ) selepas ini dan lebih penting kami akan menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat,” katanya.
source:http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/6/18/mstar_hiburan/20110618122058&sec=mstar_hiburan

_________________SEnketa selesai_______End

0 comments: