Friday, July 15, 2011

55 PENYAKIT KRITIKAL DI BAWAH SKIM PENGELUARAN KESIHATAN KWSP (UPTO DATE JULAI 2011)

14/07/2011-11:51pm
                                        
Berkuatkuasa Jumaat ini 15/07/2011 KWSP mempunyai 55 senarai penyakit yang membolehkan pengeluaran dibuat (dengan syarat) di bawah Skim Pengeluaran Kesihatan KWSP.Sila klik  LINK  ini untuk maklumat lanjut.Ataupun anda pergi sendiri ke http://www.kwsp.gov.my/.Okeh!Itu ajer nak bagitau.
________________________


55 Penyakit Kritikal Di Bawah Skim Pengeluaran Kesihatan KWSP
Khamis Julai 14, 2011



KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit, berkuat kuasa Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata KWSP mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera.
"Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Kali terakhir KWSP memperluas senarai itu ialah pada 15 Jun 2010 iaitu daripada 13 ke 39 penyakit.
Azlan berkata pengeluaran bagi pembelian bantuan kesihatan kini dibenarkan bagi pesakit kanser, kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan telinga.
Beliau berkata bagaimanapun, rawatan kesuburan dan alternatif tidak layak melakukan di bawah skim pengeluaran kesihatan.
_______________________________________________
Terbaru KWSP

KWSP Perluaskan Senarai Penyakit Kritikal Kepada 55 Dan Benarkan Pembelian Peralatan Bantuan Kesihatan Di Bawah Pengeluaran Kesihatan
_______________________________________________________


"Ia juga tidak layak jika kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan anggota atau majikan keluarga anggota," katanya.
Untuk keterangan lanjut, Azlan berkata anggota boleh melayari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000.
Mereka juga boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan bagi mendapatkan senarai penyakit terkini yang diluluskan, dan senarai peralatan bantuan kesihatan, serta maklumat lanjut mengenai cara permohonan pengeluaran KWSP bagi membiayai rawatan.
_________________Kwsp tambah jenis penyakit______End
My fren blog link:Terkini!!!Menarik!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:




  • Respon Dari Ibu Bayi Tersedak Susu


  • Video Highlight Malaysia vs Arsenal 13 Julai 2011 | Video Gol-gol Arsenal vs Malaysia

  • Malaysia lwn Arsenal | Malaysia Tewas 4 Gol Berbalas 0


  • Cincin Datin Seri Rosmah Mansur Bernilai US24 juta?

  • Abu Sayyaf Menutup Pintu Rundingan Bebaskan Mohd. Nazaruddin














  • 0 comments: