Friday, July 8, 2011

BENJY DIARAH BELA DIRI ATAS TUDUHAN MILIKI SYABU 0.24KG

08/07/2011-11:01am

Nampaknya nasib Benjy tidaklah begitu baik hingga terpaksa membela diri dari sabit kesalahan...apapun harapan agar keadilan akan menunjukkan kebenaran...
____________________________

Pelakon Benjy bela diri tuduhan miliki dadah, bebas tuduhan kedua

08/07/2011 9:56am
Pic source:mediamalaya.com/Gambar Benjy semasa di tahan dulu.

KUALA LUMPUR 8 Julai - Pelakon, Benjy diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram yang dijumpai di kediaman artis tersebut di Menara Duta 2, tahun lalu.
Majistret Hafizza Sauni memutuskan demikian terhadap anak lelaki tunggal dramatis Azean Irdawaty tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd. Halim berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap kes itu.
Bagaimanapun dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan lain iaitu memiliki 0.14 gram syabu yang ditemui di No. C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang hari yang sama.
Benjy, 33, didakwa memiliki 0.24 gram dadah jenis syabu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Persimpangan Jalan Segambut di sini pada pukul 4 petang, 11 Mac tahun lalu.
Dia juga didakwa memiliki 0.14 gram syabu di No. C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang hari yang sama.
Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) akta tersebut yang boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun.
Tertuduh diwakili peguam bela Amer Hamzah Arshad akan membela diri pada 19 dan 20 Julai ini.
Sebanyak 14 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak tahun lalu.
Source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

_______BenciDadah!___________End

0 comments: