Friday, July 22, 2011

DRAMA BARU 13 EPISOD "SUPERMAK"

22/07/2011-12:06am
Lupa nak publish pagi semalam..huhu.Aku memang suka si Nasha nie dari dulu lagi....suka tengok!
___________________________
'Supermak' Bakal Tandingi Rating 'Juvana'
Khamis Julai 21, 2011


Zul Yahya, Nasha Aziz dan Azhan Rani
PETALING JAYA: Drama bersiri Juvana yang berjaya memecahkan rekod penonton tertinggi 4.2 juta bakal digantikan dengan drama pertarungan berjudul Supermak bermula pada Rabu (semalam) pukul 9 malam di TV3.
Menurut pengarahnya Prem Anand Pallai, dia yakin drama tersebut mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menarik penonton untuk terus menonton slot aksi.
"Saya tidak tertekan dengan rating Juvana kerana bagi saya drama Supermak ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk menarik perhatian penonton.
"Drama ini mempunyai nilai kekeluargaan di samping aksi seorang ibu yang cekap menguruskan hal rumah tangga dan masalah jenayah. Saya yakin drama ini akan mempunyai pengikut terutamanya seisi keluarga," ujarnya ketika ditemui di sidang media drama Supermak, di sini, Rabu.
Dari segi pemilihan pelakon, Prem mengakui Nasha Aziz dan Zul Yahya adalah calon yang paling tepat memegang kedua-dua watak tersebut.
Prem Anand Pallai
"Nasha mempunyai perwatakan dan bentuk badan seorang adiwira terutamanya apabila dia mengenakan sut yang direka khas untuk watak Supermak itu.
"Manakala Zul Yahya juga adalah pelakon yang sememangnya mengetahui watak yang akan dilakonkan dan dia mempunyai karakter tersendiri yang boleh membawakan watak antagonis tersebut," jelasnya.
Selain itu, menurut Prem kekuatan drama ini adalah pada jalan cerita yang asli dan dekat di hati penonton berbanding cerita adiwira lain.
"Cerita ini tidak sama dengan cerita lain seperti Superwomen atau Catwomen, cerita ini lebih dekat dengan kehidupan seorang suri rumah dalam menguruskan hal rumah tangganya, namun dia mempunyai keistimewaan tersendiri," tuturnya.
Drama terbitan Filmscape ini mengisahkan tentang seorang suri rumah yang bernama Amy lakonan Nasha Aziz yang mempunyai kekuatan dan kuasa istimewa.
Bagaimanapun, kekuasaan tersebut terpaksa disorokkan daripada suaminya yang bertugas sebagai anggota polis. Pelbagai aksi menarik yang bakal dipaparkan dalam drama 13 episod ini.
Source:http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/7/21/mstar_hiburan/20110720194003&sec=mstar_hiburan

_____________SUPERMAK 13 EPISODE_____End

TERKINI!!!MY fren link-cerita baru-klik!!

cerita baru


0 comments: