Monday, July 25, 2011

KADAR ZAKAT FITRAH DI NEGERI2 DI SEMENANJUNG MALAYSIA BAGI 2011M/1432H

25/07/2011-12:01am
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1432H YANG KITA RINDUI!

Pic:http://cibitung.olx.co.id/nanda-beras-iid-162490273
Zakat Fitrah yang wajib di bayar bagi setiap kepala pada bulan Ramadhan 1432H (2011M)(Semenanjung):


Zakat fitrah naik tahun ini

KUALA LUMPUR - Kadar zakat fitrah pada sepanjang bulan Ramadan kali ini untuk hampir semua negeri di seluruh negara naik antara RM1 dan lebih RM2 bagi setiap orang.
Kecuali Selangor mengekalkan kadar lama RM5.20, negeri-negeri lain termasuk jirannya Wilayah Persekutuan dinaikkan kepada RM5.20 daripada RM4.70 sebelum ini.
Terengganu memperlihatkan pertambahan besar iaitu pada kadar maksimum RM8 dan minimum RM6 berbanding tahun lalu RM5.50 dan serendah RM4.80.
Ini diikuti Sabah yang mengenakan kadar bayaran sebanyak RM7.70 daripada RM5.20 pada tahun sebelumnya peningkatan RM2.50 manakala Kelantan menetapkan RM7.60 berbanding RM4.80 tahun lalu.
Sarawak pula menyaksikan kenaikan kadar zakat fitrah terbesar iaitu RM2.70 kepada RM7.50 disusuli Pahang yang bertambah RM2.50 kepada kadar baru iaitu RM7.30.
Tinjauan Kosmo! ke atas beberapa pihak berkuasa agama negeri mendapati pertambahan itu dipengaruhi kesan kenaikan harga beras yang menjadi pengukur penetapan kadar semasa zakat fitrah pada tahun ini.

Source:Kosmo

__________________

Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa
  1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.
     
  2. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg

__________ZakatFitrah2011____End


TERKINI!!!MY fren link-klik!!

cerita baru


Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:

Read this if you concern about to your Nuffnang account

Finally I’m engaged

Malaysian Prime Minister to meet Pope Benedict XVI on July 18

0 comments: