Saturday, July 9, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN KELANTAN VS PELITA JAYA -SERI 1-1(FRIENDLY GAME)

09/07/2011-11:45pm

Tengah tunggu video perlawanan...

Baca juga disini:http://suarabawahtanah.com​/2011/07/09/keputusan-terk​ini-kelantan-pelita-jaya-9​-julai-2011/

_______________________________

Keputusan Perlawanan Persahabatan Kelantan VS Pelita Jaya

09/07/2011


Keputusan seri 1 – 1 sudah memadai buat pasukan Kelantan yang turun tanpa 5 tonggak utama menentang Kelab dari Indonesia, Pelita Jaya.
Ketiadaan 5 Pemain Utama Kelantan, Shahrul Idlan, Khairul Fahmi, Farisham, Shakir Shaari dan Chanturu yang menjalani latihan bersama skuad malaysia memberi sedikit kesan buat pasukan Kelantan kerana hanya menjaringkan satu gol walaupun mempunyai banyak peluang keemasan.
Penyerang Ramzul Zahini dan Nizad Ayub di lihat sedikit tumpul dalam perlawanan ini mungkin kerana kurang pengalaman untuk beraksi di perlawanan antarabangsa.
Namun pujian harus di berikan kepada pemain import khas Kelantan iaitu Josip Bonacin kerana banyak menggagalkan serangan Pelita Jaya.
Kelantan membuka tirai jaringan menerusi pemain muda berbakat Izuan Solahudin pada minit ke 71″ selepas menerima hantaran dari kapten pasukan Badhri Radzi.
Gol penyamaan Pelita Jaya pula terhasil pada minit ke 90″ masa kecederaan menerusi pemain bernama Mas Joko.
Tamat Perlawanan Kelantan 1 – 1 Pelita Jaya
Kesebelasan utama Kelantan :  Hadi Ubaidillah, Wan Rohaimi, Nizad Ayub, Azwan Roya, Aziz, Daudsu, Badhri Radzi, Khairan Izuan, Ramzul, Izuan dan Josip Bonacin ( IMPORT ).


_________________Kelantan VS Pelita jaya____End

0 comments: