Sunday, July 10, 2011

LYNAS AKAN PASANG ALAT PEMANTAU RADIASI

10/07/2011-08.20pm
Hummmmm.......Bersih punya bersih...sini dah beroperasi...takda maknanya ...
mahal harganya (anggaran RM700000 x 2 unit).Tak taulah macamana....ia sistem kot....tapi kalau korang pandai bolehlah tengok2 kat sini...berkaitan agaknya:
http://www.uni-graz.at/en/igam1www_gonzi_educe_b.pdf
gambar nie pun aku ambil kat sana..sangat complicated,setakat macam aku memang tak faham.Manalah tau ada blogger2 yang boleh bagi pandangannya.Apapun maaflah kalau apa yang aku utarakan ini tak kena mengena langsung.Apa yang aku tahu pastinya Lynas itu pada masa akan datang akan menjadi ancaman.(Kalau rumah tak ada duit banyak,buat apa pasang alarm mahal2 kan...!)
________________________
Lynas Pasang Alat Pemantau Radiasi 
Di Kilang Tiga Bulan Lagi
Ahad Julai 10, 2011



KUANTAN: Kilang pemprosesan nadir bumi yang diusahakan Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, akan memasang dua unit alat khas bagi memantau bahan radioaktif dalam kandungan udara di dua lokasi tapak kilang itu di Gebeng tidak lama lagi.
Pengarah Urusan Lynas Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata alat yang dikenali sebagai Sistem Pemantauan Radiasi Alam Sekitar jenis aerosol itu bernilai RM700,000 setiap satu, dan dibeli dari Austria.
Beliau berkata kedua-dua alat itu akan diserahkan kepada pihak Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk dikendalikan operasinya setiap masa.
"Sebuah alat itu akan diletakkan di tapak pejabat AELB di sini, manakala sebuah lagi akan ditentukan lokasinya kemudian, dan orang ramai, khususnya penduduk, boleh datang sendiri untuk lihat bacaan yang dicatatkan alat ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan Ketua Pengarah AELB Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan ke pejabat sementara lembaga berkenaan di tapak kilang itu Ahad.
Mashal berkata alat pemantau khas itu berupaya mengesan segala jenis bahan radioaktif yang terdapat dalam udara, dan ia dilihat amat signifikan dengan operasi projek kilang bernilai RM2 bilion itu.
"Unit pertama akan sampai dalam jangka masa tiga bulan lagi, dan untuk itu, pegawai-pegawai yang berkaitan akan diberikan latihan dan sebagainya terlebih dahulu bagi mengendalikan alat itu nanti," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pejabat sementara AELB menempatkan empat pegawai bagi mengawal selia operasi kilang sepanjang masa, selain berperanan sebagai kediaman sementara mereka.
Pada majlis itu, Lynas turut menjemput kira-kira 200 penduduk kampung berdekatan bagi meninjau di sekitar kilang tersebut bagi memberikan gambaran lebih jelas tentang pembinaan dan operasinya.
Baru-baru ini, isu kilang itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak membantah pembinaannya kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan orang ramai.
Bagaimanapun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan kilang itu adalah selamat namun syarikat Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan dalam pelbagai bidang sebelum meneruskan operasi.- BERNAMA
Source:http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/7/10/mstar_berita/20110710154711&sec=mstar_berita

______________OperasiLybas________End


2 comments:

Unknown said...

aik...
bukan hujung bulan lepas dia kata tak bahaya..kan??
kalau tak bahya apasal pasang
pemantau radiasi???
sampai dua pulak tu..
hehehe

ASSOYFINGER67 said...

diana;kategori akan bahaya kot...