Monday, July 11, 2011

MAHASISWA TEMPATAN (MUNGKIN MELAYU/ISLAM) PERSENDA LAGU NEGARAKU

11/07/2011-07:00pm

Apa dah jadi...!Masalahnya jika yang buat tu mahasiswa,adalah ditakuti nilai moral.akhlak dan kemanusiaan mula berkurangan walaupun negara dapat mengeluarkan orang yang bijak pandai,kefahaman terhadap agama juga seakan luntur kerana setahu aku mahasiswa dahulu amat menitik beratkan soal akhlak dan agama dan bukan hanya belajar untuk lulus periksa di Universiti.

Related post:More detail/pic:go to:My Fren link below:

__________________________________________
KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam
Source/read more:http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/7/11/mstar_berita/20110711164109&sec=mstar_berita

_________________________

Mahasiswa tempatan persenda lagu Negaraku

11/07/2011

KUALA TERENGGANU 10 Julai - Seorang mahasiswa dipercayai dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini bertindak biadab apabila dikesan menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook.
Penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd. Farizal dalam statusnya tampil dengan mengubah lirik lagu kebangsaan yang mencerca, mempersendakan negara dan raja Melayu.
Perkara itu kemudian dipetik oleh beberapa laman blog termasuk anakseberang.blogspot hari ini.
Dalam statusnya, penuntut itu menyebut:
National Anthem of Malaysia - Negaraku
Negaraku, Tanah Tumpahnya Maniku,
Rakyat Hidup Miskin dan Makan Taik,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Matikanlah Raja Kita, Masuk Kubur,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Masukkanlah Raja Kita ke Neraka Jahanam...'
Statusnya itu mengundang pelbagai reaksi serta komen daripada rakannya yang mengecamnya kerana bertindak keterlaluan.
Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman ketika dihubungi hari ini terkejut dan mengakui hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan Utusan Malaysia hari ini.
Beliau seterusnya menyifatkan perbuatan itu sangat serius serta tidak boleh dimaafkan dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti ia dilakukan mahasiswa universiti itu.
"Ini (hina lagu Negaraku) sangat serius dan kita akan siasat terlebih dulu untuk kesahihan, jika terbukti dia bersalah tindakan serta-merta akan diambil mengikut undang-undang," tegasnya.
Menurut Aziz, UMT menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu untuk tindakan selanjutnya.
Tambah beliau, pihak pengurusan UMT tidak rela mempunyai penuntut yang menghina laguNegaraku seperti yang dilakukan oleh seorang penuntut Malaysia di universiti di Taiwan, Wee Meng Chee yang menghina lagu kebangsaan sebelum ini.
Meng Chee atau Namewee menghina lagu Negaraku melalui klip videonya yang disiarkan dalam laman perkongsian video, YouTube.


___________anak Malaysiaderhaka__________End

Terkini!!!
My fren link:cerita baru:Klik!

     My fren link:Menarik! Mesti Baca!Klik!






0 comments: