Saturday, July 23, 2011

OSLO,NORWAY:84 DITEMBAK MATI, 7 TERKORBAN DALAM LETUPAN BOM (VIDEO)

23/07/2011-03:57pm
Dunia macam-macam hal...pihak polis nampaknya menyedari perkara ini lambat beberapa jam..

Norway bomb and gun attacks have death toll at 87- 

complete live video (23 Jul 2011)



________________________
Kengerian Norway: 80 Ditembak Mati, 7 Terkorban Dalam Letupan Bom
 Sabtu Julai 23, 2011 MYT 11:44:00 AM



Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP

OSLO, Norway: Seorang rakyat Norway yang menyamar sebagai pegawai polis dipercayai menembak mati sekurang-kurangnya 80 (mungkin bertambah) pekhemah di sebuah pulau dekat sini, Sabtu.
Menurut Pengarah Polis, Oystein Maeland, pihaknya hanya menyedari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku beberapa jam selepas berlakunya satu letupan di sini yang mengorbankan tujuh orang.
Katanya, polis berjaya menemui banyak mayat dan menganggarkan jumlah mangsa mungkin meningkat.
“Ramai lagi yang cedera tetapi bilangan tidak diketahui buat masa ini,” katanya.

Kepulan asap keluar dari bangunan yang terbakar ekoran serangan bom di Oslo, Norway. – Foto REUTERS



Polis percaya letupan tersebut dilakukan oleh suspek yang sama.
Setakat ini, polis berjaya menahan seorang suspek warga tempatan tetapi enggan mendedahkan namanya.
Sementara itu, badan penyiaran Norway, NRK mengenalpastikan suspek ialah Anders Behring Breivik, 32 dan berkata, polis menggeledah pangsapurinya di sini semalaman.
NRK dan lain-lain media menyiarkan foto suspek yang berambut perang muda dan bermata biru.
Seorang pegawai polis berkata siasatan awal menunjukkan suspek membuat serangan tersebut seorang diri dan ia tidak berkait dengan sebarang organisasi pengganas.
“Ia nampaknya kerja orang gila,” katanya. - AP
Sumber:http://www.mstar.com.my/berita/luar_negara/cerita.asp?file=/2011/7/23/mstar_luar_negara/20110723114309&sec=mstar_luar_negara

__________Trajedi di Oslo,Norway____________End


TERKINI!!!MY fren link-klik!!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:

0 comments: