Friday, July 1, 2011

SELAMAT BERGELAR SUAMI-ISTERI BUAT TOMOK DAN RAHAYU/NOH DAN NINA(VIDEO KLIP DAN GAMBAR)

01/07/2011-11:17pm
Tahniah...Alhamdulillah,moga segalanya dirahmati dan berkekalan hingga.......

_____________________
Tomok Dan Rahayu Selamat Bernikah
Sabtu Julai 2, 2011



2 JULAI 2011: Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail bersama isterinya, Siti Rahayu Abas diarak ketika resepsi persandingan mereka di Dewan Orang Ramai, Keramat AU2, Kuala Lumpur. - Source:Utusan




image
sourcemore pic here:http://www.norfanil.com/2011/07/gambar-perkahwinan-tomok-dan-ayu-1.html


2 pic up source:http://www.zoomartis.net/
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.
Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11.
image
Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran.
Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat.

Dianggarkan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media memeriahkan majlis nikah bertemakan bidadari itu
Sementara itu, pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).
_______________________________
Noh & Mizz Nina Selamat Diijabkabulkan
Sabtu Julai 2, 2011







PETALING JAYA: Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman,31.
Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini.
pic source/visit here:http://cthoney.blogspot.com/2011/07/gambar-majlis-pernikahan-noh-hujan-dan.html

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat.
Manakal bapa bapa Noh, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias bertindak sebagai saksi kepada kedua-dua pengantin.
Turut serta menyaksikan upacara akad nikah itu ialah ibu Nina, Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail.
pic:webmp3malay.blogspot.com


Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.
Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.
Menurut Noh, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.
"Saya berdoa supaya kami kekal selamanya. Selepas ini kami merancang untuk berbulan madu di United Kingdom, Rome dan Maldives selama dua minggu.
"Percutian ini juga dikira sebagai masa rehat memandangkan jadual kerja kami begitu padat dengan aktiviti seni sebelum majlis ini (nikah)," katanya.
Bagaimanapun Nina belum memikirkan untuk memperoleh anak dalam masa terdekat.
"Kalau nak diikutkan, kami merancang untuk menerima seorang anak selepas dua tahun perkahwinan kami bagi mengukuhkan kerjaya.
"Tetapi jika rezeki itu datang lebih awal, kami tidak menolak," ujar Nina.
Source/read more here:http://www.mummycute.com/2011/07/gambar-perkahwinan-mizz-nina-dan-noh-hujan/
pic source:http://www.meow.my/gambar-majlis-pernikahan-noh-hujan-dan-miss-nina.html

Pada majlis nikah itu, Noh mengenakan pakaian rekaan Shaiful Baharim manakala Nina mengenakan pakaian rekaan Lady Jane.
Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan.
Kemudian, pasangan ini akan diraikan pada sebuah resepsi berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan pada 6 Julai ini manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.
Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama bekerjasama menyanyikan lagu Kurniaciptaan Noh pada 2008 dan cinta mula berputik setahun selepas itu.
_______dua pengantin__________________End

0 comments: