Sunday, July 10, 2011

SELERA KITA:INI BARULAH KENA BERSIH NI...NAK UNTUNG AJE MANA BOLEH

10/07/2011-03:32am

Rasanya pihak berkenaan kena buat undang2 setiap restoren ,bahagian dapurnya mestilah diletakkan di bahagian depan pintu masuk,supaya pelanggan akan nampak dapur dahulu sebelum ruang makan...barulah masalah nie boleh diselesaikan....ayoyo!ini mesti bachak punya restoren nie..pasal nampak kunyit serbok sebesen tu!

____________________________

Restoran terkenal tapi dapur jijik


KOTOR...Dr Sallehudin memeriksa peti ais sebuah restoran dalam operasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
KOTOR...Dr Sallehudin memeriksa peti ais sebuah restoran dalam operasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR: Menjijikkan! Perkataan ini mungkin paling sesuai untuk menggambarkan keadaan beberapa dapur restoran terkenal yang diserbu pegawai kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, Rabu lalu.
Di bahagian depan restoran, semuanya tersusun cantik dan lauk yang disajikan menyelerakan. Namun, sebaik saja melangkah ke dapur, bau meloyakan menusuk hidung.
Najis tikus dan lipas bersepah di lantai terutama di stor dan tandas, sampah tidak dibuang, peti sejuk dan lantai kotor seperti tidak pernah dibersihkan dan bahan mentah masakan dibiarkan bersepah di merata tempat.

Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata pegawai kesihatan sudah memberikan notis awal kepada pemilik restoran dua minggu lalu supaya membersihkan premis dan mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Kesihatan, namun mereka gagal melaksanakan arahan.



“Selepas dua minggu, pemeriksaan susulan dibuat dan tiada perubahan. Peniaga yang ingkar mengikut arahan diberi notis penutupan premis sehingga semuanya dibersihkan semula.

source:http://www.hmetro.com.my/articles/Restoranterkenaltapidapurjijik/Article_____________________terkenal tapi jijik________End

0 comments: