Monday, July 4, 2011

WARDINA BERSIH DARI BERSIH (3)

04/07/2011-12:01am

Agar Wardina lebih hati2 pada masa akan datang, Allah pasti akan melindungi orang2 yang teraniaya.

__________________________________

Wardina cuti dua bulan




Wardina
MULA-mula dulu Joyah terkejut juga bila nama Wardina terheret sama dalam kancah politik. Bukan sebab dia masuk parti itu atau parti ini tapi dia dikatakan terlibat menyokong sebuah acara perhimpunan haram yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Lalu ada blog yang sudah memanipulasi penyertaan Wardina dalam sebuah majlis baru-baru ini. Majlis yang dianjurkan oleh parti pembangkang itu yang turut menjemput Wardina sebagai tetamu untuk menyampaikan ceramah keibubapaan.
Kalau ikut penerangan Wardina, dia pun tak tahu menahu yang majlis tu dianjurkan oleh parti pembangkang. Bab ini memang Joyah pelik, sebabnya kalau kita hendak pergi ke sesuatu majlis, kita kenal tahu siapa penganjur, siapa yang jemput kita. Tapi bila Wardina kata dia tak tahu, Joyah kenalah terima dan nasihat Joyah janganlah terus memburukkan Wardina kalau betul dia tak terlibat.
Joyah tak berapa nak berkenan bila golongan anak seni kita ni terheret sama ke kancah politik. Kalau itu jalan yang dia pilih tak mengapa. Ini orang lain punya pasal, tak pasal-pasal orang lain yang kena tempiasnya.
Gara-gara kes itu juga Wardina sudahpun bercuti selama dua bulan daripada menjadi pengacara untuk TV3. Bukan sebab dia dikenakan tindakan disiplin tetapi itu pilihan pelakon Spanar Jaya itu supaya keadaan benar-benar reda dulu. Semoga Wardina mendapat ketenangan.


_____________Wardina cuti 2 bulan__________End

4 comments:

Hans said...

alhamdulillah
kesian wardina bila aku tgok melodi tadi
xpasal2 dia kena fitnah

Review Filem Transformers: Dark Of The Moon 3D

penaberkala said...

kata demokrasi,lol

QaRr JaliL said...

haih..pemikiran2 orang skarang

ASSOYFINGER67 said...

Hans;harap lepas nie dia hati2 walaupun majlis amal..:(

penaberkala;habih demo x krasi...nak buat apa..kalau tak buat macam tu nanti nak cari makan pun susah..

QaRr JaliL;zaman dah berubah...cuaca pun sama..huhu