Thursday, August 25, 2011

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


25/08/2011-06:52pm

Salam 25 Ramadan.
Perlu diambil kira jika sesiapa membuat perjalanan 2-3 hari nie...

____________________________

Amaran angin kencang dan laut bergelora ekoran taufan "NANMADOL"


2011/08/25

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berikutan Taufan "Nanmadol" dikesan berada kira-kira 499 kilometer ke Timur Laut Manila, Filipina petang tadi. 

Taufan itu, yang dikesan berada pada Latitud 16.3 Utara dan 125.2 Timur pada pukul 2 petang ini, bergerak ke arah Barat dengan perlahan, demikian menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Taufan itu berada kira-kira 1,395 kilometer ke Timur Laut Sandakan dan 1,386 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah.
_______________________________________________


Hot!!!!-Senarai filem sempena Hari Raya AidilFitri di TV3 dan TV9
________________________________________________
Ekoran itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan bermula esok sehingga Selasa ini. 

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," katanya. - BERNAMA 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Amarananginkencangdanlautbergeloraekorantaufan_NANMADOL_/Article
__________________________________________________________

Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Strong Wind - Rough Seas Warning     ( IDM20016 )
04:55PM, 25 August 2011


JMM-PRC(O)-LK-06
Dikeluarkan pada pukul 04:55PM, 25 Ogos 2011
 
AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) Ditingkatkan dari nasihat yang dikeluarkan pada pukul 9.18 pagi, 23 Ogos 2011.
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan W.P Labuan, Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan bermula pada Jumaat, 26 Ogos 2011 sehingga Selasa, 30 Ogos 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perlis, Langkawi, Kedah, Johor Timur, Phuket, Samui Utara, Reef North, Palawan dan Sulu dijangka akan berterusan sehingga malam, Khamis, 25 Ogos 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. 
Dikemaskini pada 25 Ogos 2011, jam 04:55PM 
 
FIRST CATEGORY WARNING
WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS

SECTION A: WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (FIRST CATEGORY) Upgraded from advisory issued at 9.18 a.m, 23rd August 2011.
Strong Southwesterly winds of 40-50 kmph with waves up to 3.5 metres are expected to occur over the waters off F.T Labuan, Sabah (West Coast and Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang and Palawan beginning from Friday, 26th August 2011 until Tuesday, 30th August 2011.
This condition of strong winds and rough seas is dangerous to small crafts, recreational sea activities and sea sports.

SECTION B: THUNDERSTORM WARNING - Update
Thunderstorm activities occurring over waters off Perlis, Langkawi, Kedah, East Johore, Phuket, North Samui, Reef North, Palawan and Sulu are expected to continue until night, Thursday, 25th August 2011.
This condition may cause strong winds up to 50kmph and rough seas with wave height up to 3.5 metres and dangerous to small boat.

Updated on 25 August 2011, at 04:55PM 
 
Oleh: Jabatan Meteorologi Malaysia
(Bhg. Meteorologi Lautan dan Oseanografi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Amaran JMM.RML 07/701/03 Jld.46 (34)
No. Keluaran: 01No. Pindaan: 00Tarikh Kuatkuasa: 25.01.2010

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1325&Itemid=564

(((((((((amaran_________________))))))End
CERITA BARU

Menarik! Mesti Baca!



Ada pertanyaan!!!!
Jumpa pakar gang kami:klik here to read:

http://stewardjohn.com/

0 comments: