SALAM 12 Ramadan......
"Dia suka masak, saya pula suka makan. Jadi tidak salah saya katakan makanan telah menyatukan hubungan kami,” -Ana Dahlia
Jangan sampai comel sangat dah ler...
____________________________
Anak Lelaki Chef Wan Ingin Lamar Ana Dahlia
Jumaat Ogos 12, 2011
KUALA LUMPUR: Anak teruna Datuk Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri,30, mengakui sudah bersedia untuk menjadikan pelakon filem Mantera, Ana Dahlia,28, sebagai calon isteri selepas enam bulan berkenalan.
Mohd. Nadzri atau lebih mesra dengan panggilan Chef Riz berkata, majlis pertunangan mereka akan diadakan sebelum hujung tahun ini tetapi enggan mendedahkan tarikhnya kerana ia masih dalam perbincangan.
“Insya-Allah, saya sudah terbuka untuk menjadikan Ana sebagai calon isteri saya. Hubungan kami mendapat restu kedua orang tua termasuklah ayah saya sendiri iaitu Chef Wan,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di sini, Rabu.
Hubungan cinta kedua-dua pasangan tersebut berjaya dihidu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian warna biru sedondon pada majlis itu.
Riz yang juga pemilik restoran On The Table dan syarikat Culinary Brilliance Sdn. Bhd. di Solaris, Damansara di sini berkata, hatinya terpaut kepada Ana kerana melihat sifat kewanitaan yang menebal dalam diri wanita itu sepanjang hubungan mereka berjalan.
Katanya, Ana juga seorang yang suka menikmati apa juga makanan sementara dia pula gemar memasak.
“Dia suka makan, saya suka masak. Bila kami berjumpa, kami selalu berborak mengenai masakan. Bermula dari situlah kami menjadi semakin mesra dan bertambah serasi,” katanya.
Selain faktor itu kata Riz hatinya terpikat kepada Ana selepas mencuba masakan rendang daging dan kangkung goreng belacan yang dimasak pelakon itu, memenuhi cita rasa seperti air tangan seorang chef.
Ditanya mengenai detik percintaan mereka kata Riz, kakaknya iaitu pelakon Serina yang merupakan kawan baik Ana telah menjadi orang tengah mempertemukan mereka.
Katanya pada mulanya dia tidak terbuka hati untuk menjadikan Ana sebagai kekasih sehinggalah pada suatu hari mereka membuat keputusan berkenaan selepas melihat keserasian yang ada.
“Saya tidak malu untuk berterus terang mengenai hubungan kami kerana saya lebih selesa bersikap jujur. Memang benar saya mencintai dia dan sedang merancang untuk majlis pertunangan sebelum berumah tangga,” katanya yang berhasrat bergelar suami secepat mungkin.
Ana Dahlia dalam MantraPic Source:mantra-the-movie.blogspot.com
Mengenai reaksi Chef Wan pula kata Riz, ayahnya tidak menghalang hubungan mereka itu tetapi dia selalu memberi nasihat agar menjaga batas-batas sebagai orang bercinta.
Sementara itu Ana yang malu-malu apabila membicarakan mengenai hubungan mereka berkata, sikap Riz yang peramah dan pemurah menyebabkan dia jatuh hati untuk menerimanya sebagai kekasih.
Kata Ana, kehebatan seorang lelaki yang boleh memasak adalah faktor berganda yang menyebabkan perasaan sayang itu bertambah menebal.
“Seperti yang dia cakaplah. Dia suka masak, saya pula suka makan. Jadi tidak salah saya katakan makanan telah menyatukan hubungan kami,” ujarnya.
_______________Chef Riz dan ana dahlia bakal bersatu?__End
Up-dated Story-Klik here- Juadah berbuka Puasa: Set istimewa sempena Ramadan iaitu XXXcellent Chicken Rice Combo di A&W
- Bersih 2.0 : Cadangan gelombang Bersih 3.0 sedang belum di bincangkan, masih menunggu respon dari Puterajaya
- Kisah percintaan Fida dan Mamat Sepah bermula dari tandatangan
- Isu Penyiaran Artikel juadah Ramadan dengan masakan daging khinzir|Artikel Ramadan Delights
- [info terkini]Remaja koma selepas di baling topi keledar oleh polis di Perlis
- Hajat remaja menjadi pelajar UMT musnah apabila terbunuh dalam perjalanan ke Surau
- Dikejutkan oleh buaya semasa sahur
- Bukan saja dirogol dan disamun tapi turut di simbah asid
Menarik! Mesti Baca!
- Gambar sekitar Rusuhan Di Britain 2011
- Muhammad Asyraf Haziq Rosli Selamat Jalani Pembedahan
- Guru Agama Liwat Pelajar
- Bapa Subahat Anak Khalwat Di Rumah
- The Star Siar Juadah Berbuka Daging Khinzir?
- Fida & Mamat Sepah Rapat? Wow!
- Ana Dahlia Bakal Dilamar Chef Riz (Anak Chef Wan)
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment