Wednesday, August 10, 2011

APA KATA TONY

10/08/2011-07:02am
Harapan agar ia dapat menjana pendapatan negara....


______________________
Perjanjian Baru MAS-AirAsia: Apa Kata Tony Fernandes
Rabu Ogos 10, 2011

budiey.com

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Group AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, tidak akan ada perubahan dalam rancangan masa depan syarikat itu untuk menambah bilangan pesawat dan destinasinya meskipun dengan adanya Rangka Kerja Kerjasama Menyeluruh yang ditandatangani dengan Malaysia Airline System Bhd (MAS) dan AirAsia X Sdn Bhd.
Pemeteraian rangka kerja itu tidak akan mengubah identiti AirAsia kerana ia bertujuan memberikan tumpuan kepada kecekapan teras setiap syarikat penerbangan itu, katanya kepada pemberita selepas upacara menandatangani rangka kerja tersebut di sini pada Selasa. Beliau berkata, rangka kerja itu juga diadakan tepat pada masanya bagi syarikat itu memandangkan persaingan yang semakin sengit dalam industri penerbangan di seluruh dunia.
"Dengan meraih faedah daripada rangka kerja ini, kami juga boleh bersaing dengan peserta-peserta besar dalam dunia penerbangan terutama dengan syarikat-syarikat dari Timur Tengah," tegasnya.
Mengulas tentang isu kemungkinan berlaku monopoli disebabkan oleh rangka kerja itu, Fernandes berkata ini tidak akan berlaku kerana tumpuan adalah lebih kepada memanfaatkan tenaga ke arah yang positif dari segi memberikan faedah kepada industri seperti menggalakkan pelancongan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.
_____Tony says_________________End
Up-dated Story-Klik here

CERITA BARU

Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: