Saturday, August 27, 2011

'BUNOHAN' DITAYANGKAN DI TORONTO (VIDEO)


27/08/2011-10:48am
Salam 27 Ramadan.
Wah! Sekarang filem Malaysia dah macam hollywood dah..tak lama lagi mesti banyak filem gah2 muncul.....hanya perlukan sedikit masa!
______________________________
'Bunohan' Ditayangkan Di Festival Filem Toronto
Sabtu Ogos 27, 2011

Zahiril Adzim melakonkan watak utama dalam Bunohan.
PETALING JAYA: Filem aksi-drama yang dinanti-nantikan, Bunohan akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF) sebagai tayangan perdana di Amerika Utara pada 8 hingga 18 September ini.
Bunohan dipilih secara rasmi untuk festival ini dalam seksyen Discovery yang memaparkan filem-filem daripada pembikin-pembikin filem yang meningkat naik dari seluruh dunia.
Menurut pengatur cara kepada TIFF, Giovanna Fulvi: "Sekali pandang, ia realistik dan bergaya. Bunohan adalah filem yang mempunyai kuasanya tersendiri. Arahan Dain Said yang mantap, menjamin persembahan yang kuat daripada barisan pelakonnya terdiri daripada kesemua lelaki,” katanya.
Selain itu, Dain berkata, Bunohan telah berjaya mendapat pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures untuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.
"Ini adalah berita gembira. Saya benar-benar tidak mengharapkan apa-apa tetapi sekarang ia menjadi kenyataan,” katanya yang sedang menyiapkan proses akhir filemnya di Bangkok sebelum dihantar ke Toronto.
Filem ini dibintangi oleh pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim, yang turut dibantu oleh Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Amerul Affendi, Hushairy Hussein dan Jimmy Lor, model Tengku Azura dan pengarah indie Ho Yuhang.
Tengku Azura.
Ia ditulis dan diarahkan oleh Dain Said dan diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok dari Entertainment Convergence pula bertindak sebagai Penerbit Bersama. Bunohan dihasilkan oleh syarikat perfileman Apparat yang dimiliki oleh Dain sendiri dan diwakili di peringkat antarabangsa oleh Easternlight Films.

0 comments: