Salam 23 Ramadan.
Dah boleh agak dah ia akan terjadi...alah budak2....
________________________
Tak Cukup Matang Punca Salena Gomez Tinggalkan Justin Bieber
Selasa Ogos 23, 2011
WASHINGTON: Penyanyi Selena Gomez, 19, dilaporkan telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Justin Bieber, 17, selepas merasakan jejaka itu tidak cukup matang dan bersikap keanak-anakan untuk menjalani hubungan yang lebih serius.
Menurut laporan portal contactmusic.com, teman Bieber yang dikenali sebagai Metro mengesahkan kepada akhbar Daily Star hubungan cinta dua bintang itu sudah berakhir.
"Hubungan cinta mereka (Gomez dan Bieber) yang sensasi itu sudah berakhir. Apa yang Selena mahukan hanya berkawan.
"Dia merasakan Justin tidak cukup matang untuk melayari hubungan yang lebih serius dan stabil untuk tempoh jangka panjang.
"Dia kini mencari lelaki yang lebih berusia, berpengetahuan dan berpengalaman," kata Metro seperti dipetik portal tersebut.
Menurut beberapa spekulasi, perpisahan mereka itu didorong oleh keputusan Gomez yang melihat aktor Shia LaBeouf, 25, sebagai calon yang lebih sesuai untuknya.
Desas-desus juga mendedahkan perpisahan itu juga berlaku selepas Gomez mengesan Bieber ada menghantar pesanan mesej kepada bekas kekasihnya, Jasmine Villegas.
__________cerita remaja popular__End
CERITA BARU- Pelajar IPTA tertekan selepas putus cinta kelar leher rakannya
- Cincin Rosmah AS$24 Juta palsu: Akhbar Kompass mohon maaf dari Datuk Najib
- Pelajar wanita nyaris maut dipukul angin kencang di UITM Jengka
- Qari dari Filipina dan Qariah dari Malaysia muncul juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
- Pengguna Kad PLUSmiles dan Touch n Go akan nikmati rebat tol semasa Aidilfitri
- Nenek kena ragut dalam perjalanan ke Klinik
- Dua Pelajar maut apabila motosikal mereka bertembung sesama sendiri
- Permohonan untuk memasuki Maktab Tentera di Raja (MTD) bagi Tingkatan 4 Sesi 2012
- Juadah berbuka puasa: Resepi dapur Kampung dari Restoran The Saddle,Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur
- Tips: Cara cara nak elak wi-fi kita digunakan oleh orang lain
Menarik! Mesti Baca!
- Album Raya Upin & Ipin | Suasana Di Hari Raya
- Lirik & Kord Gitar Hilang Rasa Cinta – Grey Sky Morning
- Perbicaraan Liwat Anwar | Anwar Bela Diri 22 Ogos 2011
- Azizi Abdullah Meninggal Dunia
- Maut Disambar Petir | Guna Telefon Bimbit Waktu Hujan
- Mak Mah Dihalau Keluar Dari Rumah Sendiri
- Asyraf Imam Muda Bakal Menimang Cahaya Mata
- Rozita Che Wan Dah Temui Calon Sesuai?
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment