Sunday, August 14, 2011

CHONG WEI MARA KE FINAL KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011


14/08/2011-12:51am

Salam Ramadan ke 14.Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana membawa cabaran Malaysia ke Final Kejohanan Badminton Dunia di London dan harapan agar beliau dapat menamatkan kemarau kemenangan Malaysia di London. Chong Wei kini berada terlalu hampir dengan impiannya dan Malaysia!
Chen Jin of China, left, returns a shot to Lee Chong Wei of Malaysia during the men's singles semifinals at the world badminton championships Saturday in London.
Chen Jin of China, left, returns a shot to Lee Chong Wei of Malaysia during the men's singles semifinals at the world badminton championships Saturday in London

Pic Source:Read more: http://www.cbc.ca/sports/olympics/summersports/story/2011/08/13/sp-badminton-worlds.html?ref=rss#ixzz1UvlEu9tS

______________________________

Chong Wei mara ke final

2011/08/13

KUALA LUMPUR: Perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei, mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley di London.

Beliau yang juga pilihan utama kejohanan, mengenepikan pilihan keenam, Chen Jin, dari China 21-13, 21-9.
Chong Wei mempamerkan permainan cemerlang pada set pertama termasuk melakukan beberapa pukulan kilas dan lintang yang mematikan gerakan Chen Jin.

Pada set kedua, Chen Jin cuba bangkit dengan mendahului 0-4 pada awal permainan, namun Chong Wei berjaya menyamakan kedudukan 7-7 dan terus menguasai permainan sehingga mata penamat.

Ini adalah kali pertama Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu sepanjang bergelar pemain badminton profesional.

Beliau juga adalah perseorangan negara pertama yang melakukannya selepas Wong Choong Han pada 2003.

Dalam perlawanan akhir esok, pemain nombor satu dunia itu akan bertemu pemenang perlawanan di antara pemain China Lin Dan (pilihan kedua) dengan Peter Hoeg Gade (pilihan ketiga) dari Denmark yang akan berlangsung selepas 11.30 malam ini waktu Malaysia. - BERNAMA 


______________Chong Wei ke Final___End
Up-dated Story-Klik here


CERITA BARU





Menarik! Mesti Baca!



Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/


0 comments: