Salam 21 Ramadan.
Hidup memang kena maaf memaafi sesama insan. Mintalah maaf juga (taubat) kepada Allah dan dalam setiap perhubungan ugama mestilah dipentingkan dahulu dari pasangan kita....Islam,cinta dan kahwin dan bukan cinta,Islam dan kahwin...tak jadi macam tu!
_________________________
Hans Isaac Sudah Maafkan Orang Lain
Ahad Ogos 21, 2011
PETALING JAYA: Sempena menyambut kelahirannya ke-40 pada Sabtu, pelakon Hans Isaac (gambar) berazam untuk memaafkan orang yang pernah menipu dan menganiaya dirinya serta jika dia yang bersalah, dia mahu memohon maaf daripada orang berkenaan.
Jelas Hans, hasrat itu diluahkan secara spontan dan rasional setelah berbual dengan rakan-rakannya pada Jumaat malam lalu.
“Pada usia sekarang ini, saya tidak mahu menyimpan perasaan marah dengan sesiapa lagi. Apabila saya bertemu dengan sesiapa sahaja, saya nak terima mereka seperti saya pertama kali bertemu dengan mereka.
“Jika berjumpa dengan orang yang pernah bersalah dengan saya, saya akan menegur dan menghormati orang itu dengan cara yang ikhlas. Tetapi dalam hal ini, saya yang nak berubah dan tidak memaksa orang lain untuk berubah. Jadi, terpulang sama ada orang yang berkenaan sudah memaafkan saya atau tidak,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam perkembangan lain, Hans baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 7 Gerhana yang mengisahkan seorang wanita yang melalui liku-liku hidup yang penuh ranjau dan mendirikan rumah tangga sebanyak tujuh kali.
Dilahirkan dengan tali pusat tujuh warna seperti warna pelangi, bidan yang menyambutnya meramalkan dia akan mengharungi tujuh rintangan besar dalam kehidupan.
Drama 13 episod arahan Amar Dilon dan lakonan Hans, Vanidah Imran, Omar Abdullah, Kay Maria dan Andrea Abdullah itu akan disiarkan di Astro Prima (saluran 105) pada November tahun ini.
Biarpun turut terlibat sebagai penerbit drama tersebut, Hans memberi kebebasan dan selesa mengikut rentak Amar sebagai pengarahnya.
“Di lokasi penggambaran, saya tidak masuk campur untuk mengarah drama tersebut tetapi seronok melakukan kerja saya sebagai pelakon.
“Tetapi sebelum kami memulakan penggambaran, saya terlebih dahulu memberikan panduan kepada Amar tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan.
“Ini kerana saya perlu memastikan drama ini merupakan produk yang bagus dan mencecah rating yang tinggi,” katanya.
Jelas Hans, dia mempercayai Amar kerana telah mendidik lelaki itu dalam bidang pengarahan dan mengambil Amar berkhidmat di bawah syarikatnya, Tall Order Production Sdn Bhd.
“Saya lebih seronok berlakon dan hanya menunggu dialog yang perlu dilakonkan. Dalam drama itu, saya berlakon sebagai watak salah seorang suami kepada wanita itu yang dilakonkan oleh Vanidah,” tutur pengarah filem Cuci ini.
Selain itu, dia sedang sibuk dengan pengambaran filem Langgar arahan Sein Ruffedge. Dalam filem ini, dia melakonkan watak seorang gangster dan penggambarannya mengambil masa selama 30 hari.
_____________Hans sudah memaafkan________End
CERITA BARU
- Anak kedua Timbalan Ketua Pengarah JPN rentung dalam kemalangan jalan raya
- Seorang pelajar Tahun satu maut, ibu cedera parah dirempuh oleh lori
- Nenek jumpa mayat kena cekik dibuang dalam parit
- Program pemutihan PATI: Sekali lagi tarikh akhir pendaftaran biometrik dilanjutkan
- Polis sedang siasat kumpulan haram mengugut peniaga beli barang dari mereka di Miri, Sarawak
- Juadah berbuka Puasa : Restoran Istana Bambu dengan hidangan Melayu, Cina dan Indonesia
- Lima anggota polis merompak secara berkumpulan
- [Info terkini]Kes mayat di kerat 15: Polis telah selesaikan kes
- Kes pujukan “Romeo” internet: Janda terpedaya bagi seks dan hilang barang kemas
- Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) umumkan agihan 6.50 seunit
Menarik! Mesti Baca!
- Mak Mah Dihalau Keluar Dari Rumah Sendiri
- Asyraf Imam Muda Bakal Menimang Cahaya Mata
- Rozita Che Wan Dah Temui Calon Sesuai?
- Lirik & Kord Gitar seperti SyurgaMu – Pop Shuvit & Man Bai
- Kisah Belalang Jr.
- Pusat sembelihan Ayam Meragukan Di Johor
- Pusat Tuisyen sebar Kristian Tutup Serta-merta
- Bola Sepak Universiti Dunia | Malaysia Layak Ke Abu Dhabi
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment