Wednesday, August 17, 2011

JANGAN TERBURU-BURU PADA NAZRI-PESAN CHEF WAN

17/08/2011-07:11pm
Selamat berbuka di 17 Ramadan!
Chef Wan pastinya lebih berpengalaman dan tahu apa yang baik dan buruk tentang hidup. Agar Nazri kahwin dengan restu penuh bapanya nanti.
________________________
Nikah : Chef Wan Mahu Nazri Tidak Terburu-Buru
Rabu Ogos 17, 2011


Chef Wan
PETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menasihati anaknya Mohd. Nadzri,30, supaya mengenali pasangannya dengan lebih mendalam sebelum memikirkan untuk mendirikan rumah tangga.
Chef Wan berkata, untuk mengahwini seseorang bukan seperti menukar baju, sebaliknya anaknya itu perlulah mengenali hati budi seseorang wanita terlebih dahulu.
“Sebagai ayah saya hanya boleh menasihati dia supaya memilih pasangan yang tepat untuk masa depan rumah tangganya dan tidak tergopoh gapah untuk berkahwin semata-mata menurut kehendak hati,” katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari New Zealand, di sini, Selasa.
Chef Wan berada di negara itu sebagai duta makanan mewakili Malaysia di Wellington on the Plate Food Festival, Auckland.
Riz bersama Ana Dahlia
Beliau diminta mengulas mengenai pengakuan Nadzri atau Chef Riz yang mengakui sedang hangat bercinta dengan pelakon Ana Dahlia.
Riz turut berkata dia sedang memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius termasuklah soal berumah tangga.
Chef Wan memberitahu Riz perlu mengambil masa untuk mengenali diri Ana Dahlia sepenuhnya termasuklah keluarga pelakon wanita itu.
“Saya nasihat agar mereka tidak terburu-buru (untuk berkahwin) dan perlu mengambil masa untuk mengenali hati budi dan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Mencari pasangan tidak hanya memandang kepada paras rupa tetapi juga hati budi seseorang itu yang akan kekal selamanya,” jelasnya
______________Jangan buru2 kata Chef Wan______End
CERITA BARU


Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

2 comments:

Rain said...

nasihat org tua2 sgt berguna, mereka lebih pengalaman, cuma org muda ni bila dinasihati kdg2 dia mudah memberontak dan fikirkan jalan yang dia ambil adlah betol, x perlu pandangan org lain..

saya pernah merasai perasaan begitu..
msp satu tahap, jgn kita menyesal bila apa yang dikatakan oleh org tua itu benar terjadi

ASSOYFINGER67 said...

Rain;benar bagai dikata,Rasulullah pun suruh hormati orang tua,doa mereka pada anak makbul,nasihat siapa lagi kita nak ikut dan pandu...apapun timbanglah dengan akal yang waras....