18/08/2011-06:543am
Sayang anak ditinggal-tinggal,sayang penonton dibayarlah denda..
______________________________
Penyokong punya hal, KAFA sengsara
18 Ogos 2011GARA-GARA tindakan liar penyokong Kelantan, KAFA terpaksa menanggung bebannya.
DENDA lagi. Apalah dengan nasib Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sekali lagi bakal berdepan hukuman denda.
Semuanya gara-gara sikap segelintir penyokongnya yang membaling botol dan mercun ke dalam padang pada perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun lalu.
Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail ketika dihubungi Kosmo! di Kota Bharu, semalam.
“Dua hari lalu, KAFA telah menerima surat pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas dua kesalahan pada perlawanan tersebut.
“Kesalahan pertama ialah melontar mercun ke dalam padang sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan dan ini merupakan satu kesalahan yang serius.
“Kesalahan kedua ialah membaling mercun dan botol ketika Kelantan memperoleh jaringan menerusi Nurul Azuwan Roya pada minit ke-79. Ini juga merupakan satu kesalahan yang membolehkan KAFA didenda," katanya.
Tambahnya, setiap kesalahan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM10,000 dan kedua-dua kesalahan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Kelantan yang nakal itu menyebabkan pasukan bakal didenda RM20,000.
Pada perlawanan akhir itu, Terengganu berjaya bangkit untuk menumbangkan Kelantan 2-1
menerusi jaringan sendiri pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit-minit terakhir perlawanan serta Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 masa tambahan.
Rosmadi memberitahu, walaupun jumlah denda itu dilihat agak kecil, namun bagi KAFA ia merupakan satu nilai yang besar.
Katanya, dengan jumlah tersebut KAFA mungkin dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan pembangunan di peringkat akar umbi mahupun memantapkan lagi pasukan.
"Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada semua penyokong supaya tidak mengulangi kesilapan
ini dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula 6 September ini. Kerja membakar mercun dalam stadium bukanlah perkara yang baik kerana ia akan membahayakan orang lain yang berada di dalamnya.
"Saya harap pemain dapat mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku kepada pasukan Kelantan sebelum ini dan janganlah kita membiarkan perkara tersebut berulang kembali dengan kata lain adakah kita mahu pisang berbuah dua kali," ujarnya.
Untuk rekod, sepanjang 2009-2010, Kelantan telah membayar denda kepada FAM hampir RM300,000 di atas kenakalan segelintir penyokongnya.
y=2011&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm___________KAFA didenda lagi_________End
CERITA BARU- Senarai 20 jenis barangan harga terkawal pada musim Hari Raya Puasa 2011
- Warga asing dari Indonesia mendahului senarai pendaftaran biometrik
- Ramai miliki nama yang sama dalam daftar pemilih pilihanraya
- Benjy didenda RM5,000 atau penjara 6 bulan kerana kesalahan memiliki syabu
- Rakaman kunjungan JAIS ke Gereja kini boleh dilayari di Internet
- [Info terkini]kejadian Ambulans terbalik di Ayer Keroh : Pesakit wanita terlibat meninggal dunia
- Permohonan pinjaman perumahan secara online di SPPB
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/
2 comments:
KAFA kena denda ni dah normal...tapi kalau asik kena denda ajer...jadi juara nak bayar gaji pemain pun sangkut ..sedih lak aku dengar..huhuhu
Hanif bin Idrus Blog
Hanif Idrus Blog;jangan menang srak,menang di padang,akaun nipis dah ler huhu
Post a Comment