Friday, August 5, 2011

KERJA KOSONG DI UPM SERDANG OGOS 2011

05/08/2011-12:58pm

Salamramadhan ke5.Harap post nie dapat membantu sesiapa yang berminat.

__________________________

Jawatan Kosong Di UPM,Serdang

Jawatan Kosong:

1) PEMBANTU PENERBITAN (PENYAMPAI RADIO BAHASA MELAYU) N17
2) PENOLONG PEGAWAI PENERBIT ( PENYAMPAI BAHASA INGGERIS) N27

Taraf Jawatan : kontrak
Kumpulan : Sokongan
Klafisikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Penempatan : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Gaji : RM35.67 + RM13.04 + RM5.00 = RM53.71/ hari


PEMBANTU PENERBITAN (PENYAMPAI RADIO BAHASA MELAYU) N17

Syarat Lantikan :
Bagi calon yang berminat memenuhi jawatan sebagai Pembantu Penerbit Rancangan – hendaklah memiliki kelayakan –kelayakan seperti berikut :


  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Calon sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  4. Berkebolehan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik
  5. Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan semua lapisan pendengar
  6. Bersedia untuk bertugas melebihi 12 jam
  7. Calon yang mempunyai kenderaan sendiri akan diberi keutamaan


Skop Kerja

Bertugas sebagai penyampai radio dalam bahasa Melayu, penerbit rancangan, wartawan dan menjalankan kerja-kerja pentadbiran yang lain



PENOLONG PEGAWAI PENERBIT ( PENYAMPAI BAHASA INGGERIS) N27

Syarat Lantikan:

Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i. warganegara Malaysia;

ii. berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

iv. boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Melayu dengan baik;

v. perwatakan ceria dan berkebolehan berkomunikasi dengan semua lapisan pendengar

vi. mempunyai komitmen yang tinggi

vii. bersedia bertugas melebihi 12 jam

viii. Calon yang mempunyai kenderaan sendiri akan diberi keutamaan

Skop Kerja

Bertugas sebagai penyampai radio dalam bahasa Inggeris, penerbit

rancangan, wartawan dan menjalankan kerja-kerja pentadbiran yang lain


Cara Memohon :

(a) Isikan Borang Permohonan Jawatan Kosong Kumpulan Sokongan yang

dimuat turun melalui:

http://www.admin.upm.edu.my/acro_files/PEND.Q.BR0.JAWATAN02.pdf

(b) Resume beserta sekeping gambar berukuran pasport

(c) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sebelah kiri sampul

surat

(d) Satu salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dan dibawa ketika

proses temuduga dan ujibakat


Hantarkan permohonan anda ke alamat :

Penerbit

Radio Putra FM

Aras 2, Jabatan Komunikasi

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan

putrafm@fbmk.upm.edu.my putrafm@fbmk.upm.edu.my This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it



Perhatian

Calon-calon yang terpilih sahaja akan dihubungi untuk sesi ujibakat dan temuduga manakala calon yang tidak menerima sebarang berita dalam tempoh 3 bulan permohonan adalah dianggap tidak berjaya


Tarikh Tutup : temuduga masih dibuka buat masa ini



Untuk keterangan lanjut sila layari laman web

http://www.admin.upm.edu.my/acro_files/PEND.Q.BR0.JAWATAN02.pdf

Atau sila daftar percuma di portal Jawatan Kosong untuk notifikasi.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

En. Syaizwar Hazry Samsudin (03-89468744)


____________Kerja kosong di Serdang(UPM)____End

0 comments: