Sunday, August 7, 2011

KHABAR ANGIN SEPAH DAH BERPECAH?

07/08/2011-06:08pm
Kadangkala manusia tak serasi sesama mereka walau dicuba bagaimanapun,tetapi kekadang manusia lupa bila bersama mereka umpama sel2 kering yang dapat meningkatkan cahaya lampu suluh.......dengan amat terang!
___________________________
Astro Berhak Urus Program Kumpulan Sepah
Ahad Ogos 7, 2011


                                                Sepah
PUTRAJAYA: Stesen televisyen Astro bertanggungjawab dan berhak menguruskan perjalanan kumpulan Sepah yang bernaung di bawah pengurusannya termasuk menetapkan penglibatan mereka dalam sesebuah program untuk saluran-saluran stesen tersebut.
Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata kumpulan tersebut masih berada dibawah pengurusan Astro dan Astro berhak untuk melibatkan mereka pada mana-mana program rangkaian saluran tersebut.
"Saya tidak pasti sama ada mereka tahu atau tidak tetapi kami sudah memberitahu pada salah seorang dari anggota Sepah tentang program tersebut.
"Lagi pula mereka masih dibawah pengurusan Astro, jadi segala aktiviti mereka sudah ditetapkan oleh pihak Astro," katanya ketika ditemui selesai program Lawak Minggu Ini, di Auditorium Sri Cempaka, Perbadanan Putrajaya, di sini, Sabtu.
Nizam mengulas kenyataan kumpulan Sepah yang mendakwa tidak dimaklumkan tentang penglibatan mereka dalam program tersebut.
Dalam laporan tersebut juga menulis Sepah tidak akan membuat sebarang persembahan dalam Lawak Minggu ini kerana sehingga kini tiada sebarang maklumat rasmi mengenai program tersebut.
Dalam pada itu, Nizam turut memberitahu juara Maharaja Lawak itu tetap akan membuat persembahan secara langsung pada minggu terakhir program tersebut.
"Saya rasa mungkin berlaku salah faham kerana Jeff memang tidak tahu tentang perkara itu sebab dia kini berada di kampung.
"Mereka tetap akan membuat persembahan pada episod minggu ke 13 secara langsung," tuturnya yang enggan mengulas tentang khabar angin perpecahan kumpulan tersebut.
____________Sepah dah bersepah?____End
MY fren link-cerita baru-klik!!

CERITA BARU


Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

4 comments:

Belalang Hijau said...

bersepah ke bersepai!
keh3x....

Umie Artoqiemie said...

lorh bersepah bebeno.

ASSOYFINGER67 said...

Belalang Hijau & Umie Artoqiemie :aku nak buat tajuk macam tu..takut kena saman pulak haha

Ellen said...

Yer ka dah bersepah...siannya...