Thursday, August 11, 2011

KISAH NINA DAN NOH DI BULAN RAMADAN

11/08/2011-06:17am
Salam 11 Ramadhan. Jangan masak air pun tak reti dah ler...huhu 


______________________
Nina Sudah Pandai Masak - Noh
Khamis Ogos 11, 2011






KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh gembira dengan kehidupan barunya sebagai suami kepada penyanyi Mizz Nina, lebih-lebih lagi Nina mula rajin memasak untuknya.
Kata Noh, selepas pulang dari berbulan madu di beberapa negara Eropah pada awal bulan ini, Nina mula mempelajari pelbagai masakan.
"Setakat ini, Nina dah mula memasak dan antara kegemaran saya ialah ayam masak kicap dan sambal tumis.
"Biasalah mula-mula masak, ada kurang sana sini dan masin sikit. Setakat ini, dia mengambil 'jalan selamat' dalam menu masakannya. Apa-apa pun, saya suka!" selorohnya.
Selain itu, bercerita mengenai pertama kali berpuasa bersama Nina, kata Noh dia berasa seronok dapat berpuasa bersama, berbeza dengan zaman bujangnya yang kerap bersahur dan berbuka puasa di studio sahaja.
"Biasalah, masa zaman bujang dulu, makan minum kita tak jaga sangat. Memandangkan saya sentiasa tak tidur malam, maka sahur saya seperti masa makan saya yang biasa.
"Bila dah beristeri, barulah saya rasa kembali perasaan bangun tidur untuk sahur dan kemudian, pulang ke rumah secepat mungkin untuk makan bersama," ujarnya.
Source:jom-layanzzz.blogspot.com
Sementara itu, Noh memberitahu, selepas pulang dari berbulan madu, dia dan Nina terpaksa mengemas rumah apabila melihat baju-baju perkahwinan mereka merata-rata.
"Selepas melihat baju-baju kahwin yang merata itu, barulah kami sedar, banyak juga baju yang digunakan sepanjang majlis pernikahan dan resepsi diadakan bulan lepas.
"Sampaikan kami terfikir, mungkin kena jual beberapa daripadanya kot," seloroh Noh lagi.
___Mizz Nina dah pandai masak____End
Up-dated Story-Klik here

CERITA BARU

Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

4 comments:

laskar pelangi said...

peminat noh datang baca =D

mama aini said...

bagus nina ni !!...walaupun ank hartawan tapi try juga memasak & blh ambil berapa ramai pembantu rumah je kalau nak !!...hu2x..isteri mithali !!..semuga bahagia selamanya..

kak gojes said...

dah pempuan harus la pandai masak...

ASSOYFINGER67 said...

laskar pelangi;T/Kasih

MaMa AiN;a good start!:D

Eryati;Pompuan mesti jaga hati suamikan...:D