Thursday, August 4, 2011

KONSERT MEGA RAYA 2011- RAYA PERTAMA

04/08/2011-06:19am
Tak sabar nak raya walaupun dah tua...haha.Itulah nikmat Ramadhan!
___________________________
'Konsert Mega Raya 2011' Hari Pertama Aidilfitri
Khamis Ogos 4, 2011


Barisan artis yang menjayakan Konsert Mega Raya 2011
PETALING JAYA: Astro bakal menyiarkan konsert Mega Raya 2011 pada 30 Ogos 2011 pukul 6 petang.
Konsert ini menampilkan gabungan artis eksklusif Astro dan beberapa artis ternama lain dengan pelbagai segmen.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, Konsert Mega Raya 2011 ini bakal menampilkan beberapa kelainan berbanding sebelum ini.
"Ini merupakan tahun ketiga kami menerbitkan program Mega Raya 2011 dan ia banyak kelainannya berbanding sebelum ini.
"Antaranya ialah kepelbagaian artis yang terdiri daripada artis baru dan lama serta beberapa segmen baru yang berbentuk permainan," jelasnya ketika ditemui pada sesi rakaman Mega Raya 2011, di sini, Sabtu lalu.
Program selama sejam itu juga akan menampilkan beberapa sketsa bagi memeriahkan lagi program tersebut.
"Dari segi pemilihan lagu, mereka bukan sahaja mendendangkan lagu Hari Raya malah lagu-lagu yang sedang popular masa kini.
"Kami mahu program ini ditonton seisi keluarga pada petang Hari Raya dalam keadaan santai," ujarnya.
Antara artis yang memeriahkan program Mega Raya 2011 ini ialah Aznil Nawawi, Farid Kamil, Akim AF, Zizan Raja Lawak, Jimmy Shanley, Kamal Adli, Adi Fashla, Scha Al Yahya, Erra Fazira, Ziana Zain, Elfira Loy, Kila Fairy, Ira, Erul AF9 dan Ana Raffali.
________________Mega raya 2011_______End
MY fren link-cerita baru-klik!!

CERITA BARU


Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: