Sunday, August 14, 2011

NICOL BERJAYA JADI JUARA,KINI GILIRAN CHONG WEI CIPTA SEJARAH


14/08/2011-08:15pm
Datuk Nicol David berjaya dalam impian nya dan Malaysia....bagaimana pula dengan nasib Datuk Lee Chong Wei,harapan agar Chong Wei akan dapat memecah rekod kemenangannya dan Malaysia ..Tahniah Nicol tahniah Malaysia! mari kita tunggu berita baik dan sejarah yang akan terukir jika Chong Wei juara malam ini.
Wira negara
                                     Source:informasi.phpbb3now.com

__________________________________________________________________________
WAJAH-WAJAH JUARA TERBUKA AUSTRALIA... .Nicol David (kiri) dari Malaysia dan Ramy Ashour dari Perancis bergambar bersama-sama trofi masing-masing selepas merekodkan kemenangan dalam perlawanan akhir Kejohanan Skuasky Terbuka Australia di Canberra, Ahad. Ashour menewaskan Nick Matthew dari England, 12-14, 11-6, 10-12, 11-8, 11-4 dalam perseorangan lelaki manakala David mengalahkan Jenny Duncalf dari England, 11-8, 11-4, 11-6 sekali gus menjuarai perseorangan wanita. - Foto AFP 

Nicol Rangkul Kejuaraan Sulung Terbuka Australia
CANBERRA: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David merangkul kejuaraan sulung Terbuka Australia dalam percubaan pertamanya apabila menumpaskan Jenny Duncalf pada perlawanan akhir, di sini Ahad.
Nicol, pemain nombor satu dunia dan juga pilihan pertama kejohanan, menampilkan persembahan cemerlang untuk mengatasi pemain England itu dengan 11-8, 11-4, 11-6 untuk memastikan namanya terpahat pada Piala Heather McKaybersama pemain lagenda sukan itu.
Nicol menguasai perlawanan dengan mendahului 6-1 pada set pembukaan sebelum Duncalf bangkit untuk mengejar kutipan mata sehingga berjaya menyamakan kedudukan sebelum jaguh dunia itu menang set pertama.
Anak kelahiran Pulau Pinang yang dibimbing oleh Liz Irving itu sekali lagi menguasai set kedua untuk mencapai kemenangan mudah sebelum Duncalf memberi saingan awal pada set ketiga.
Bagaimanapun, rentak permainan Nicol yang agresif dan sukar diramal itu menyebabkan Duncalf, pemain nombor dua dunia, terpaksa akur dengan kehebatan lawannya itu.
"Saya perlu konsisten dan pergerakan saya adalah baik serta menumpukan perhatian sepanjang perlawanan akhir ini. Saya tahu kejohanan ini mempunyai sejarah istimewa dan berprestij.
"Saya tidak mahu lepas peluang untuk nama saya tertera pada piala itu dan bangga dengan kejayaan ini," kata Nicol yang berusia 27 tahun. - BERNAMA

______________________Nicol juara________________________End
Up-dated Story-Klik here

CERITA BARU

Menarik! Mesti Baca!



Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/


0 comments: