Thursday, August 4, 2011

NICOL MASIH NO 1 DUNIA (WISPA)


04/08/2011-12:14am

Salutes for Nicol!

__________________________

Nicol kekal reputasi pemain No. 1 dunia

3 Ogos 2011

World no:1 Nicol David (MAL)
Pic source:fullofsyu.blogspot.com

RATU negara, Datuk Nicol Ann David mengekalkan kedudukannya selaku pemain No. 1 dunia dalam senarai Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa).
Menurut Wispa dalam laman web rasminya, Nicol mengungguli ranking teratas selama 61 bulan berturut-turut sejak Ogos 2007.
Dalam Jelajah Dunia Wispa tahun ini, Nicol meneruskan kejayaannya memenangi tiga daripada lima kejohanan utama iaitu Terbuka Kuala Lumpur CIMB pada 20 Mac, Terbuka Kepulauan Cayman (9 April) dan Terbuka Malaysia CIMB (23 Julai).
Nicol muncul naib juara pada Klasik Wispa Cleveland (2 Februari) dan gagal menjuarai kali kelima berturut-turut Kejohanan Skuasy Wanita Masters Singapura (30 Julai) apabila tewas kepada pemain England, Laura Massaro pada peringkat separuh akhir.
Selepas ini, Nicol buat pertama kali akan menyertai Kejohanan Terbuka Australia bermula 9 Ogos.
Setakat 1 Ogos, Nicol yang akan menyambut hari jadi yang ke-28 pada 26 Ogos ini, mengumpul purata 3,278.750 mata.
Pemain England, Jenny Duncalf mengekalkan tempat kedua dengan mengumpul 1,737.059 mata, manakala pemain Ireland, Madeline Perry di tempat ketiga dengan 1,296.350 mata.
Pemain Malaysia, Low Wee Wern jatuh dua anak tangga untuk berada di kedudukan ke-17.
Lain-lain pemain negara, Delia Arnold di kedudukan ke-23, Siti Munirah Jusoh (47), Pushppa Devi (130), Rachael Arnold (155) dan Zulhijjah Azan (184).
Tan Yan Xin dan Vanessa Raj berkongsi kedudukan ke-206 dengan dua lagi pemain, manakala Kuan Choy Lin, Lim Yoke Wah, Nessrine Ariffin, Sue Ann Yong berkongsi tangga ke-276 pada ranking dunia.
_________________Nicol no:1!______End

TERKINI!!!MY fren link-klik!!

CERITA BARU


Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:

0 comments: