Monday, August 8, 2011

PETUA DARI FIDA-ELAK RAMBUT MASAM

08/08/2011-05:49am
Salam Ramadhan 8, petua dari Fida......
________________________
Fida Kongsi Petua Elak Rambut Bau Masam
Isnin Ogos 8, 2011






SEPANJANG bulan Ramadan ini, pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim (Fida), 25, (gambar) meluangkan masa untuk menjelajah ke setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan berkunjung ke kampung-kampung untuk menghantar makanan berbuka puasa dan bersahur.
Setakat ini, program yang dinamakan “Rifters Jelajah Amal Tanpa Henti” itu telah disempurnakan di Negeri Sembilan dan Melaka yang mana pada hari kedua Ramadan, Fida bersama-sama rakan kelab peminatnya, Rifters telah bersahur bersama-sama dengan penduduk di Melaka dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Meneruskan kembara tersebut, Fida dan Rifters akan mengunjungi negeri sebelah utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak bermula hari ini.
“Jika mengikut perancangan, sepatutnya saya ke Terengganu pada Khamis lalu tetapi disebabkan mempunyai komitmen lain di Kuala Lumpur, jadi saya terpaksa menangguhkannya.
“Kunjungan kami ke setiap negeri menyasarkan rumah golongan yang hidup susah dan keluarga ibu tunggal.
“Kami menaiki kereta dan berkonvoi beramai-ramai. Misalnya, kami menyertai lebih sepuluh buah kereta semasa berkunjung ke Negeri Sembilan pada awal Ramadan lalu,” katanya yang muncul di TV3 menerusi drama Kasih Alia pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.
Selain itu, dia juga sibuk dengan beberapa jemputan majlis berbuka puasa dan beberapa rakaman program seperti Galaksi Raya dan Melodi Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Bulan Ramadan tahun ini tidak terlalu sibuk seperti tahun lepas,” ujarnya lagi yang akan muncul di pawagam menerusi filem Man Sewel Datang KL.
Beralih kepada nyanyian, Fida yang turut menyanyikan lagu tema drama Kasih Alia berjudulTeriakan Kalbu.
“Selepas ini, saya mempunyai perancangan untuk membuat “single” album dan menyanyikan beberapa lagu tema untuk drama yang dilakonkan,” ceritanya.
Sekali pandang, wajah Fida persis penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza. Setelah dirisik, tidak hairanlah kerana dia dan penyanyi itu sebenarnya sepupu.
Memiliki wajah yang cantik memberikan bonus kepada Fida dan lebih manis lagi dia memakai tudung.
Menyentuh tentang penjagaan kecantikan tambahan pula bertudung, Fida perlu lebih menitik beratkan penjagaan rambut. “Biasanya kalau kita memakai tudung, kita perlu mengeringkan rambut dengan pengering rambut atau biarkan kering sendiri bagi mengelakkan rambut menjadi bercabang, berbau masam dan rambut berbuah.
“Jadi, apabila berpeluh, sekurang-kurangnya rambut yang kering itu masih akan berbau wangi mengikut syampu yang dipakai,” katanya.
Tambahnya: “Jika mencuci rambut, elakkan mengguna kuku untuk mengurut kulit kepala sebaliknya gunakan hujung jari sahaja. Ini kerana kulit kepala akan luka dan memudahkan pertumbuhan kelemumur.
“Untuk memiliki rambut cantik sama ada bertudung atau tidak, saya mempunyai petua tradisional iaitu menggunakan minyak kelapa yang dibuat sendiri oleh makcik saya.
“Caranya, masak santan asli sehingga pecah minyak, selepas itu kisar santan itu dengan daun pandan dan gaul sehingga sebati.
Selepas itu, baru sapukan pada rambut dan bungkus dengan kain atau plastik antara 15 hingga 30 minit bergantung kepada jenis rambut. Kemudian baru cuci.
“Jika rambut jenis berminyak, disarankan mengambil masa 15 minit berbanding rambut yang kering.”
Selain itu, Fida berkongsi tentang petua untuk kulit selepas berjemur di bawah matahari terik sehari suntuk.
“Selepas berjemur di tengah panas, saya akan memakai bedak sejuk pada waktu malam untuk merawat kulit yang menjadi terbakar dan panas. Namun, jangan amalkan selalu kerana bimbang kulit menjadi kering,” ujarnya.
PROFIL
Nama Sebenar: Rafidah Ibrahim
Tarikh lahir: 4 Jun 1986
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Sijil PelajaranMalaysia (SPM)
Karier: Pelakon dan penyanyi
Drama: Kasih Alia, E-Toyol,Epilog Syurga Cinta, Cinta TikarSejadah
Filem: Adik Manja The Return,Kongsi, Man Sewel Datang KL
Pencapaian: Juara SitiNurhaliza Mencari BintangPantene 2007
___Petua rambut masam-Fida________End
Up-dated Story-Klik here


CERITA BARU




Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: