Salam 25 Ramadan......menghitung hari.....
______________________________
TV3, TV9 Hidang Program Menarik Sempena Aidilfitri
24/08/2011
PETALING JAYA: Menjelang Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan ini, stesen televisyen di bawah Media Prima Berhad meneruskan tradisi untuk menyediakan pelbagai program Hari Raya bertemakan “Salam Syawal TV3 & Di Hatiku Ada Raya TV9”.
Lebih menarik, perayaan tahun ini juga turut dimeriahkan dengan program-program istimewa Merdeka sempena sambutan Hari Merdeka ke-54 yang jatuh pada Hari Raya Kedua iaitu 31 Ogos 2011.
Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, tradisi menyambut bulan Syawal masih diteruskan.
“Menerusi saluran televisyen yang sentiasa menjadi pilihan utama pada musim perayaan, TV3 tidak akan menghampakan jutaan penonton setianya dengan program-program menarik.
“Antaranya program majalah, muzikal dan variasi seperti Sampaikan Merdeka Raya, Melodi Raya, Fuhhh! Merdeka Raya, Mentor Raya, Raya Bapa Merdeka, 3 Gegaran, Sedetik Muzik, Kamilah Juara, Siapa Terhebat?, Di Bawah Rimbunan Madrasah dan Takbir Kembali sempena Hari Raya dan Hari Merdeka ini.
“Tidak ketinggalan juga drama-drama dan filem-filem hebat untuk tontonan semua seperti Cintaku 120KM/J, Sakura, Pusara Di Lebuh Raya, Janjiku Pada Al Walid, Nur Kasih The Movie, Adnan Sempit, Zoo dan banyak lagi,” katanya pada majlis salam Syawal TV3 & Di Hatiku Ada Raya TV9 di Pusat Membeli Belah 1 Utama di sini baru-baru ini.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan personaliti TV3 dan TV9 serta artis-artis popular tanah air seperti Jamal Abdilah, Hujan, Aizat, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Razak Ahmad, Zarina Zainoordin, Sharifah Shahira, Syazwan Zulkifli, Nazim Othman, Amanda Misbun, Nasrizal Ngasri, Fimie Don dan Erin Malek.
Selain itu, My TV3 dan Kawan 9 (K9) juga tidak ketinggalan untuk mengagihkan cenderamata yang mengandungi sampul Hari Raya dan biskut raya kepada orang ramai yang mahu pulang ke kampung di plaza-plaza tol pada minggu hadapan.
Lebih istimewa, biskut-biskut raya tersebut akan dihasilkan atas kerjasama 15 orang selebriti dan lebih kurang 300 orang peserta di acara “Uli Uli Biskut Raya Bersama Julie’s” dengan kerjasama TV3 dan TV9 pada 21 Ogos 2011 di kilang biskut Julie’s, Alor Gajah, Melaka.
_______________________Program TV3/9..Raya___End
CERITA BARU- Hishammuddin terima 2 peluru hidup dan nota ugutan(hot!!!)
- Penumpang tangkap lelaki meraba pelajar perempuan dalam bas di Sandakan, Sabah
- Kerajaan PAS Kelantan luluskan penganjuran Jom Heboh pada 28hb Okt 2011
- Dua Orang doktor kemalangan di KM142 Lebuh Raya Utara-Selatan , Seorang meninggal dunia.
- Doktor mati dibunuh dengan kepala dipenggal di Kampung Sartik
- Kerana menjalin cinta dengan suami orang, mangsa di kurung dengan kejam oleh isteri kekasihnya
- Kontraktor cuba bunuh anak sendiri di Lebuh Raya Bukit Besi, Dungun
- Isteri di kurung oleh suami mohon bantuan melalui memo kepada penghantar kuih raya
- Dua orang polis lemas ketika memancing udang di Pengkalan Nelayan Sungai Serai
- Nurul Aqila, Gadis bertudung licik mencuri solo jadi buruan polis
Menarik! Mesti Baca!
- Hishammuddin Terima Surat Ugutan & Dua Butir Peluru(Hot!!!)
- Perbicaraan Kes Liwat Anwar 24 Ogos 2011
- Tolong Saya
- Selepas Bunuh Tiga Anak, Bapa Minum Racun
- Dua Beradik Maut Dirempuh Sebuah Kereta
- Dikurung & Diseksa Isteri Teman Lelaki
- Kenyataan Akhbar Penubuhan Majlis Penasihat Syura
- Sultan Selangor Tidak Pernah Perkenan Cadangan Majlis Penasihat Syura
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment