Thursday, August 25, 2011

SEBAK DI PINGGIR RAMADAN...SABAR YER NAK


25/08/2011-01:24am

Salam 25 Ramadan.
Tak larat nak tengok muka anak nie....terkenang raya dah dekat...pilu lak rasa hati nie membuatkan aku terasa kesusahan hidup ini tak seberapa..ada lagi orang yang Allah uji berlipat kali ganda.Aku doakan moga ayah anak tu (gambar) akan di bebaskan...Ya Allah perkenankanlah doa kami.Jom doa sama2!!!

____________________

Lega dengar suara

Khamis, 25 Ogos 2011


SEBAK...Siti Hamdah bersama cucunya melihat keratan akhbar mengenai Nazaruddin. 
SEBAK...Siti Hamdah bersama cucunya melihat keratan akhbar mengenai Nazaruddin.




SUNGAI BULOH: “Walaupun risau dengan ugutan penculik yang mahu menyembelih anak, tetapi saya bersyukur kerana dia masih selamat selepas dapat mendengar suaranya minggu lalu,” kata Siti Hamdah Ahmad, 59, ibu kepada Mohd Nazaruddin Saidin, 38, yang diculik dan berada di selatan Filipina sejak 8 Mei lalu.
Menurutnya, walaupun tidak mendengar suara anak sulungnya dengan jelas tetapi panggilan telefon yang diterima itu sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran di hatinya.

Siti Hamdah berkata, menerusi panggilan telefon itu kira-kira tiga minggu lalu penculik terbabit mengugut mahu menyembelih Mohd Nazaruddin selepas gagal mendapatkan wang tebusan sebanyak RM5.6 juta.

“Sekurang-kurangnya saya tahu dia masih hidup walaupun ditahan kumpulan penculik itu. Saya harap dia dapat pulang dengan selamat dan dapat berjumpa kembali dengannya. “Dia seorang anak yang bertanggungjawab apabila setiap kali tibanya raya, dia akan sibuk membantu menyediakan keperluan raya,” katanya yang sayu kerana tidak dapat beraya bersama anaknya itu tahun ini, ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, raya tahun ini tiada makna baginya dan keluarga kerana terlalu risaukan keselamatan anaknya itu. Malah, dia berterima kasih kepada ramai pihak yang sedang berusaha untuk membebaskan anaknya itu.

Pada 15 Mei lalu, akhbar melaporkan kumpulan penculik menuntut wang tebusan 80 juta Peso (RM5.6 juta) bagi membebaskan Mohd Nazarudin yang disampaikan kepada isterinya menerusi ‘orang tengah’ yang juga ejen cicak gecko di negara ini. Mohd Nazarudin dilaporkan berlepas ke Pulau Jolo pada 27 April lalu bersama lelaki warga Filipina yang juga ejen cicak gecko atas urusan perniagaan reptilia itu sebelum ditahan kumpulan lanun terbabit pada 8 Mei lalu. Selepas rundingan dilakukan keluarga mangsa, 1 Julai lalu, kumpulan kononnya wakil kumpulan penculik memberi kata dua kepada ibu Nazarudin supaya menyerahkan wang tebusan RM60,000 dalam tempoh seminggu atau pintu rundingan akan ditutup.


Susulan laporan berkenaan, pada 15 Julai lalu, Pengerusi Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata pihaknya mempertimbangkan untuk melancarkan tabung derma dalam usaha membebaskan Mohd Nazarudin jika mendapat pengesahan tuntutan itu daripada kumpulan penculik itu.

Source:http://www.hmetro.com.my/articles/2011082501050920110825010509/Article

_________________Tak larat nak tengok>>End
CERITA BARU

Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: