Friday, August 26, 2011

YUSOF MAHU ANAK2NYA SETIA DENGAN SKOP PRODUCTION/SYAMSUL MAHU KAHWIN SEGERA

26/08/2011-05:32am
Salam 26 Ramadan.
______________________
Yusof Haslam Tidak Mahu Syamsul 'Menderhaka'
Jumaat Ogos 26, 2011



Yusof Haslam
KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, mengakui, syarikatnya Skop Production akan rugi jika dia melepaskan anaknya, Syamsul Yusof, untuk bekerja dengan produksi lain.
Menurutnya, Syamsul merupakan seorang pengarah yang kreatif dan kerana dia, Skop telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa enam bulan menerusi dua buah filem sahaja iaitu KL Gangster dan Khurafat.
"Dari segi perniagaan, Alhamdulillah, Syamsul membawa keuntungan kepada syarikat dan sebagai seorang ayah, saya bertuah mempunyai anak sepertinya.
____________________________________________
HOT!!!
Jadual perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan – PLUS


Senarai filem sempena Hari Raya AidilFitri di TV3 dan TV9

___________________________________________-
"Tetapi dari sudut kekeluargaan pula, saya sudah mengingatkan Syamsul dan seorang lagi anak iaitu Syafiq supaya kekallah bekerja dengan Skop," katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan pemberian bonus di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ulu Klang, Rabu.
Tambah Yusof, walaupun dia tahu, banyak produksi yang memberi tawaran lumayan kepada Syamsul untuk menyertai mereka, dia percaya, anaknya itu tetap akan setia dengan Skop dan tidak mungkin 'menderhaka' terhadap keluarga.
Dalam pada itu, Yusof berpendapat, dengan pelbagai projek drama dan filem yang ada, tiada alasan untuk Syamsul keluar berkarya di produksi lain pula.
"Setakat ini Skop mempunyai pelbagai projek yang perlu dilaksanakan. Malah bekerja dengan keluarga adalah paling mudah kerana apa yang mereka mahu, saya beri.
"Malah dari segi masa kerja juga lebih fleksibel. Cuba kalau kerja dengan orang lain, silap hari bulan, seawal 8 pagi sudah kena ada di pejabat," selorohnya.
Sementara itu, pada majlis berbuka puasa itu, Yusof telah memberikan bonus iaitu 'duit raya' kepada 160 pekerja syarikat produksi berkenaan, para pelakon, termasuklah pelakon-pelakon veteran dan krew produksi.
Yusof berkata, memandangkan tahun ini Skop berjaya mencatat sejarah dengan memperoleh jumlah kutipan filem yang agak besar nilainya, maka tahun ini juga dia melaburkan sejumlah wang yang besar kepada pekerja-pekerjanya.
"Alhamdulillah, bila kita ada rezeki lebih, tidak salah untuk dikongsi bersama. Saya bersyukur kerana pemberian bonus pada tahun ini adalah paling besar jumlahnya berbanding tahun-tahun yang lalu," katanya, yang enggan memberitahu jumlah keseluruhan bajet pemberian bonus tersebut.
_________________________________________________

“Saya Nak Kahwin Secepat Mungkin” – Syamsul Yusof.

Pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti seperti Diana Danielle & Liyana Jasmay, namun hubungan pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof bersama kedua-dua selebriti itu tidak berkekalan. Walau bagaimanapun, Syamsul Yusof yang ditemui ketika majlis buka puasa & pemberian bonus kepada staff di Finas, Ampang telah membongkarkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang secepat mungkin.
“Sudah lebih 6 bulan saya berkenalan dengan wanita itu. Alhamdullilah, saya rasa sangat ‘ngam’ & selesa dengan dia. Dia bukanlah selebriti atau orang yang terlibat dengan industri hiburan. Memang totally daripada dunia lain. Pengajaran bercinta dengan selebriti banyak membuatkan saya lebih berhati-hati. Kini, saya lebih suka andai kata orang tidak kenal bakal isteri saya. Biarlah ia menjadi rahsia sehingga satu hari nanti,” kata Syamsul Yusof kepada pihak media, semalam.
“Kini saya sudah berusia 27 tahun & bersedia untuk berkahwin. Kalau ada jodoh, saya memang nak kahwin cepat-cepat. Sekarang, setiap hari saya berdoa supaya hasrat untuk berkahwin tercapai,” ujar Syamsul Yusof, ceria.
______________About Yusuf and son___End
CERITA BARU

Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: