Thursday, September 8, 2011

CELEPETS KECAM PENDERA HAIWAN.....


08/09/2011-01:30am
Salam 10 Syawal.
Artis-artis nie pandai kecam pendera haiwan....diaorang dera perasaan lelaki dengan pakaian2 seksi,diaorag tak tau.Dera apa,bila lihat artis kat TV tu mesti ada yang kata ,"napelah isteri aku tak macam artis tu..." nak report tak haha..(ehhh..aku tak der kata...sebab aku dah macam artis...orang cakap...siapa...Aflin Shauki....@ Kuman ..miahahaha)
Mana Celepets...kalau tukar Celcarepets lagi nice...Celepets tu macam kaki kelepet jer ...Nie saja cerita kosong jer tau!-End

__________________________
Tujuh Artis 'Celepets' Kecam Pendera Haiwan
Khamis September 8, 2011
Geng 'Celepets' bersama kawan-kawan lain dalam satu majlis
PETALING JAYA: Rakan artis yang menggelar diri mereka "Celebriti Pet" (The Celepets) mengecam tindakan pemilik hotel haiwan Petsknode yang dikatakan melakukan penderaan kepada haiwan yang dihantar ke pusat penjagaan itu.
Tujuh selebriti Celepets ialah Atilia, Serena Choong, Yasmin Hani, Sazzy Falak, Dynas, Daphne Iking dan Aishah Sinclair.
Bagi penyanyi Atilia, 37, dia kesal dengan berita tersebut dan menganggap perbuatan mengabaikan tanggungjawab menjaga haiwan yang diamanahkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
"Saya rasa sangat sedih dan marah selepas mendapat tahu tentang kucing-kucing yang dihantar ke pusat penjagaan itu telah diseksa dengan tidak diberi makan sehingga ada yang mati.
Atilia bersama dua ekor kucing peliharaannya.
"Saya memahami perasaan pemilik-pemilik haiwan yang meninggalkan binatang kesayangan mereka di pusat jagaan tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Ahad lalu, kira-kira 50 pemilik haiwan peliharaan dan aktivis hak asasi haiwan dilaporkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai dekat sini ekoran kematian dan kehilangan binatang peliharaan mereka yang diletakkan di pusat jagaan haiwan berkenaan sempena cuti perayaan Aidilfitri
_____________________________________

2011 VOLVO C30


_____________________________________
Mereka mendakwa pemilik pusat jagaan haiwan itu sengaja membiarkan kucing-kucing yang ditempatkan di situ kelaparan sehingga menyebabkan 12 ekor daripadanya mati.
Tambah Atilia, denda terhadap pendera binatang harus setimpal dengan kekejaman yang mereka lakukan.
Sementara itu, bagi Aishah Sinclair perkara tersebut perlu menjadi iktibar kepada masyarakat tentang penderaan haiwan yang semakin menjadi-jadi.
“Saya kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik pusat jagaan haiwan tersebut. Dia seharusnya menjaga amanah yang telah diberikan untuk menjaga kucing-kucing tersebut dan bukannya melakukan kekejaman begitu,” ujarnya.
Aishah Sinclair
Tambah Aishah, binatang peliharaan seperti kucing sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka.
Manakala Yasmin Hani turut sedih dan marah dengan kejadian yang dianggap melampaui batas kemanusiaan.
“Ini merupakan kejadian paling besar yang terjadi dan saya harap dengan kejadian ini kerajaan ambil tindakan undang-undang yang setimpal dengan kekejaman mereka.
“Mereka yang mendera haiwan sepatutnya dikenakan hukuman yang setimpal kerana haiwan merupakan binatang yang bernyawa," katanya.
Tambah Yasmin, pemilik haiwan peliharaan juga perlu mempunyai pengetahuan secukupnya tentang penjagaan haiwan masing-masing.
_____________________artis dera perasaan lelaki_____End
CERITA BARU


MENARIK! MESTI BACA!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: