Sunday, September 25, 2011

CHONG WEI KE FINAL,LIN DAN TARIK DIRI


25/09/2011-04:53am

Salam 27 Syawal.
Ingat nak tengok Lin Dan...biasalah dia ,mungkin Olimpik peluang Chon Wei jumpa Lin Dan...

_______________________________

Chong Wei ke final, Koo-Tan kandas

KUALA LUMPUR - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Jepun setelah menumpaskan Peter Hoeg Gade, sementara nasib berbeza menimpa beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang terkandas pada separuh akhir, semalam.
Chong Wei tidak berhadapan masalah untuk menewaskan wakil dari Denmark itu dalam perlawanan straight set 21-13, 21-16.
Pada perlawanan akhir, hari ini hajat Chong Wei untuk berjumpa seteru lamanya, tidak kesampaian apabila juara dunia, Lin Dan menarik diri pada separuh akhir kerana kecederaan kaki.
Penarikan diri Lin Dan, membuka laluan kepada rakan senegaranya, Chen Long untuk beraksi di pentas akhir bertemu Chong Wei yang turun untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya, tahun lalu.
"Peter merupakan pemain veteran. Saya rasa amat sukar untuknya jika dinilai dari segi fizikal. Saya cuma bermain dengan tenang dan cuba melakukan serangan apabila saya ada peluang.
________________________________________________

FINAL BADMINTON TERBUKA JEPUN 25 SEPTEMBER 2011 

| SIARAN LANGSUNG FINAL TERBUKA JEPUN 25 SEPTEMBER 2011


________________________________________________
"Saya hanya ada satu lagi perlawanan esok (hari ini). Saya akan cuba berikan yang terbaik dan mencatat kemenangan pada Terbuka Jepun yang menyambut ulang tahunnya ke-30," kata Chong Wei.
Kejayaan pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu, bagaimanapun gagal dijejaki rakan senegara, Kien Keat-Boon Heong yang terpaksa akur dengan kehebatan beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng dalam perlawanan sengit yang berkesudahan 17-21, 21-19, 19-21.
Cai Yun-Fu Haifeng akan bertemu pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano yang menewaskan teman senegara, Markis Kido-Hendra Setiawan dalam aksi rubber set 15-21, 21-16, 21-18.
Lin Dan ketika ditemui pemberita berkata: "Saya kecewa kerana tidak dapat meneruskan permainan saya, tetapi kami masih mempunyai banyak kejohanan bagi meraih kedudukan pada Sukan Olimpik di London, jadi saya tidak mahu mengambil risiko sekarang.
"Kejohanan ini bukan satu-satunya pertandingan yang boleh saya sertai sebelum Olimpik. Peluang masih terbuka hingga Mei tahun depan. Saya akan bermain sebaik mungkin dalam setiap pertandingan.
"Saya berjanji yang saya akan kembali tahun depan dengan prestasi yang lebih baik."


___________________End

CERITA BARU

MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

3 comments:

blog-tips-kurus said...

'drama Lin Dan...' ;)

Melati Qistyna's Mummy said...

mg chong wei menang, nape si lin dan tuh, eksen tol la...huhuhuhu

ASSOYFINGER67 said...

Harap Chong Wei berjaya malam nie