Wednesday, September 21, 2011

DAP TAK SETUJU


21/09/2011-11:05pm

Salam 23 Syawal.

Orang macam Manoharan tu sepatutnya dia yang ditukarkan jadi wakil rakyat kat eskimo North Pole..cakap ikut suka jer...nampak benar kalau jadi pemimpin semua akan di tukar ikut rasa,bangsa dan impiannya sendiri.

----------------------------------------

Jalur Gemilang: DAP tak setuju kenyataan Manoharan

21/09/2011 8:08pm

KUALA LUMPUR 21 Sept. — DAP sama sekali tidak setuju dengan kenyataan seorang wakil rakyatnya yang mahu menukar Jalur Gemilang, kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu, Tan Kok Wai.
"Parti saya dan saya sendiri tidak bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dicakapkannya kerana kami adalah sebuah parti yang patriotik.
“Jawatankuasa Disiplin akan mengkaji perkara ini Jumaat ini walaupun belum menerima sebarang aduan rasmi,” katanya kepada ketika dihubungi hari ini.
Katanya, ulasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan, dalam alaman Facebooknya minggu lepas bahawa bendera kebangsaan hendaklah diubah suai kerana reka bentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia.
Kenyataannya itu menyebabkan DAP menjadi tumpuan walaupun ia bukanlah pendirian rasmi parti.
Ditanya sama ada Jawatankuasa Disiplin DAP akan bertindak terhadap Manoharan, Kok Wai sekadar mengulangi kenyataannya bahawa jawatankuasa itu akan melihat perkara berkenaan pada Jumaat nanti. — Bernama

__Pertualang_________End

CERITA BARU






MENARIK! MESTI BACA!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: