Tuesday, September 6, 2011

GAMBIT TIDAK PROFESINAL .....MINTA MAAF PUN STYLO (VIDEO)


06/09/2011-06:18am
Salam 8 Syawal.
Nak kata Gambit nie tak berpelajaran,cakap ongputih berabuk. Mungkin ini jalan pintas nak cari publisiti kot..dah stail dia....Tapi bab kata 'imam masjid kata' dan 'nasib baik bulan Syawal' menunjukkan mamat nie memanupulasi perkara2 begini dan minta maafnya pun stail Amerika jer...macam lepas batuk di tangga..apamacam kita karipapkan filem dia...haha (geram gak kalau dengar orang timing tinggi macam nie! -entah2 artikel nie pun producer yang cover line kot)
 likes, 102 dislikes(tengok nie taulah best ke tak-clue nie)
______________________

Gambit Menyesal Keluarkan Kata-Kata Kesat
Selasa September 6, 2011
Gambit Saifullah
PETALING JAYA: Pelakon Gambit Saifullah mengakui kata-kata kesat yang dikeluarkan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini adalah tidak profesional dan terlalu mengikut perasaan.
Gambit, 26, berkata, penggunaan perkataan “babi” dan “anjing” itu tidak ditujukan kepada peminat-peminatnya tetapi kepada individu tertentu yang gemar membuat tohmahan dan fitnah kepadanya selama ini.
"Saya mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan tidak sepatutnya perkataan seperti itu digunakan walaupun saya dalam keadaan marah kerana ia meninggalkan kesan mendalam," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Gambit memberi penjelasan terhadap status Facebook yang ditulisnya dengan menggelar pihak tertentu dalam laman sosial miliknya itu sebagai anjing dan babi.
Status Gambit yang menimbulkan rasa marah peminatnya.
Dalam turut menuduh sesetengah rakan mayanya mempunyai pemikiran yang cetek.
Mengakui menyesal menggunakan perkataan tersebut, Gambit berkata, dia menulis status demikian kerana berasa geram dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang cepat menilai dan membuat fitnah sama ada mengenai dirinya.
"Saya tidak tujukan status berkenaan kepada peminat saya tetapi kepada beberapa individu yang telah meninggalkan pelbagai kata-kata yang bukan sahaja mencalarkan perasaan saya tetapi peminat lain yang membaca," ujarnya.
Gambit telah pun memohon maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya.
Bakal muncul dengan filem “Karipap-Karipap Cinta” pada 15 September ini, Gambit juga telah memohon maaf secara terbuka di Facebook miliknya terutama kepada mereka yang marah dengan tindakan terbabit.
Ditanya adakah kontroversi tersebut akan menjejaskan promosi dan kutipan filem “Karipap-Karipap Cinta”, Gambit memberitahu dia tidak tahu sama ada ia akan memberi kesan terhadap filem berkenaan atau tidak namun percaya peminat akan memberi sokongan kepada filem tersebut.
"Saya percaya peminat filem Melayu tempatan tidak akan mencampuri kontroversi ini dengan filem tersebut dan saya juga percaya peminat akan terus menyokong filem ini," katanya
____________gambit punya cerita_____End
CERITA BARU

MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

4 comments:

Mak lagenda said...

salah buat kali pertama mgkin ada maaf buatmu tp klu dah selalu sgt buat kesilapan yg sama,pastu mudah sgt say sorry tanpa ada kekesalan, perlu ke memaafkan?

RerameUngu said...

org kata, terlajak perahu boleh la nak undur, dah terlajak kata trima la padahnya..

dia ni asek nak cetus kontroversi jek..kalo tak boleh nak jadi public figure, then dont! mmg anda manusia biasa jugak, nak hak bersuara bebas, but then u must remember that u r public figure..everybody wants to know what u r doing and everybody watch what u r doing. sekali dua org boleh la trima, tapi kalau dah kerap sngt naik menyampah la pulak jadinya..

Umie Nadhirah said...

ingatkan video dia minta maap

ASSOYFINGER67 said...

lagenda;for me is 'not'!

RerameUngu;setuju,naik macam resmi Rosyam Noor,Yuna,Siti dan lain2nya.Kurangkan kontrovesi tingkat productiviti dan kualiti.kalau tak boleh just put yr hand down!

Umie Artoqiemie;Orang macam nie nak minta maaf...diakan perfect!Sorilah umie..kelirukan kao pulak