Friday, September 16, 2011

ISA DIMANSUHKAN DAN DUA AKTA BARU GANTI ISA


16/09/2011-08:17pm

Salam 18 Syawal.
ISA dah tak ada......mari kita lihat akta seterusnya! Tapi yang aku risaukan bangsa lain suka betul ISA di mansuhkan...apapun harap tindakan itu betul..selagi Islam terpelihara selagi itu aku rasa Malaysia selamat!

______________________________

ISA mansuh

2011/09/16

NAJIB ketika menyampaikan perutusan khas Hari Malaysia di Angkasapuri, malam tadi.
NAJIB ketika menyampaikan perutusan khas Hari Malaysia di Angkasapuri, malam tadi.


Najib umum inisiatif tranformasi politik ke arah menjadi negara moden, progresif

Insiatif lain


  • Dua undang-undang baru digubal untuk cegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta jenayah bagi pelihara keamanan, kesejahteraan, serta kerukunan hidup rakyat dan negara.







  • Akta Buang Negeri 1956 dimansuh, Akta Kediaman Terhad 1933 dikaji semula.







  • Kajian semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 ambil kiraPerkara 10 Perlembagaan mengenai hak berhimpun







  • Kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 membabitkan penghapusan pembaharuan tahunan, sebaliknya digantikan dengan pengeluaran lesen tahunan sehingga dibatalkan.





  • ____________________________________________________________


    Dua akta baru ganti ISA
    2011/09/16

    NAJIB  bersama barisan menteri dan timbalan menteri menyanyikan lagu Hari Malaysia selepas menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia di Angkasapuri, malam tadi.
    NAJIB bersama barisan menteri dan timbalan menteri menyanyikan lagu Hari Malaysia selepas menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia di Angkasapuri, malam tadi.




    Tempoh tahan polis lebih pendek, hak asasi terpelihara 

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuhkan terus dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.

    Malah, Perdana Menteri menegaskan undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan lebih pendek dan sebarang tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah, kecuali undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan di bawah kuasa menteri.
    Majlis Peguam menyambut baik janji diumumkan Perdana Menteri memansuhkan ISA dan menamatkan kuat kuasa perisytiharan darurat, keputusan berkenaan selaras peruntukan Perlembagaan negara. - Lim Chee Wee, Presiden Majlis Peguam
    “Umumnya kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman, kecuali undang-undang berkaitan keganasan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung sempena sambutan Hari Malaysia di Auditorium Perdana, Angkasapuri, malam tadi.

    Najib menjelaskan undang-undang baru itu bermatlamat memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara, tetapi kerajaan akan tetap memastikan hak dan kebebasan asasi mereka yang terbabit terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

    Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi memenuhi kehendak semasa.

    “Kita tidak teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan,” katanya sambil menjelaskan secara prinsipnya kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 membabitkan penghapusan pembaharuan tahunan, sebaliknya digantikan dengan pengeluaran lesen tahunan sehingga dibatalkan. 
    Kajian semula terhadap Seksyen 27 Akta Polis 1967 pula akan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

    Bagaimanapun, katanya, kebenaran berhimpun diberi selaras kaedah yang akan ditetapkan kelak, di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

    Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan langkah-langkah yang diumumkan itu adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib dan berhemah sebagai pelengkap penting kepada inisiatif transformasi ekonomi serta penyampaian awam dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

    Beliau juga menegaskan kerajaan akan terus komited menjunjung sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan kerana pemerintahan hari ini terzahir dan dikudratkan oleh kehendak rakyat.

    Perdana Menteri turut mengumumkan kerajaan akan membentangkan usul kepada Parlimen bagi mengisytiharkan tiga proklamasi darurat yang diisytiharkan dulu ditamatkan kuatkuasanya mengikut Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

    “Kecuali darurat akibat konfrontasi 1964 yang dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang diisytiharkan sebelum ini masih dianggap berkuat kuasa sehingga hari ini.

    “Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau,” katanya.

    Sejarah negara Malaysia pasca-merdeka memperlihatkan empat proklamasi darurat diisytiharkan, iaitu pada 3 September 1964 ketika konfrontasi dengan Indonesia, diikuti proklamasi darurat 15 Mei 1969 selepas apabila tercetusnya tragedi 13 Mei.

    Sebelum itu, berlakunya proklamasi darurat 14 September 1966 membabitkan pertikaian politik di Sarawak dan akhirnya proklamasi darurat 8 November 1977 membabitkan Kelantan juga atas alasan sama.

    Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Proklamasi dan Ordinan Darurat atau terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan Dewan Rakyat atau Dewan Negara yang mengungkai proklamasi atau ordinan itu.

    INFO: 3 perisytiharan darurat masih berkuat kuasa sejak merdeka


  • Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan (diisytiharkan pada 15 Mei 1969 akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969)





  • Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak (diisytiharkan pada 14 September 1966 membolehkan kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak yang berbangkit daripada kes Stephen Kalong Ningkan.)





  • Perisytiharan Darurat 1977 di Kelantan (diisytihar pada 8 November 1977 menyelesaikan pertikaian politik yang timbul di negeri itu yang ketika itu di bawah pemerintahan PAS.)





  • Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DuaaktabarugantiISA/Article





  • _____________________________________End






  • MENARIK! MESTI BACA!

    Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
    http://stewardjohn.com/

    0 comments: