Thursday, September 1, 2011

SAYA TAK BERSETUJU DENGAN KENYATAAN MAT SABU-KARPAL SIGH


"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,"Karpal Sigh


Apabila Karpal Sigh menyatakan begitu pastinya tindakan Mat Sabu dalam mengeluarkan kenyataan berbisa tempuh hari adalah satu kesilapan sivik dan strategi politik...kerana aku tahu Karpal Sigh adalah orang yang amat peka dengan kesilapan2...aku hormati kenyataan jujur beliau dan nampaknya Allah lebih memberi kebijaksaan kepada beliau dari Mat Sabu.Apapun sokongan perlu diberi tapi salah tetap salah.Mat Sabu tak bole jadi Mat Kilau... cara beliau mungkin akan menghuru harakan PAS...apapun Allah sentiasa memberi "hint"2 agar kita berfikir siapa yang baik sebagai pemimpin,parti yang baik tak semestinya mempunyai pemimpin yang baik dan dapat mengawal nafsu.....just think about that!
Karpal Singh Mahu Mat Sabu Tarik Balik Kenyataan Berhubung Tragedi Bukit Kepong
Khamis September 1, 2011

      
http://keadilangerik.blogspot.comhttp://borneoherald.blogspot.com/
GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.
Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal Singh berkata Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan.
"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.
Mat Sabu yang kemudiannya menjelaskan tentang kenyataannya berkata mereka yang menyerang Bukit Kepong adalah hero kerana mereka pejuang kebebasan, dan bukan kerana mereka menyerang anggota polis Melayu. - BERNAMA
_______Kapral tidak setuju____End
CERITA BARU

MENARIK! MESTI BACA!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

2 comments:

hakir said...

setuju dengan anda. ~.~

ASSOYFINGER67 said...

chekgu Azam Aziz;T/kasih cikgu..