Thursday, September 8, 2011

KISAH 3 LELAKI INDUSTRI SENI



08/09/2011-02:36am
Salam 10 Syawal .
Nie artikel lelaki macho industri seni..
pix_middle
__________________________
Rezeki lakonan melimpah-ruah



BUKANLAH pertama kali dipertemukan, sebaliknya ketiga-tiga bintang muda ini pernah beberapa kali bekerjasama baik menerusi program televisyen, drama atau filem mahupun sesi fotografi.
Bagaimanapun, suasana petang itu tidak sunyi dengan tiga jejaka ini, Fizo Omar, 26, Kamal Adli, 25, dan Amar Baharin, 26, kerana masing-masing punya pelbagai cerita.

Bagi mereka, sesekali bertemu terutama untuk sesi fotografi sempena Aidilfitri memang menarik dan menyeronokkan. Ada saja yang boleh dijadikan topik perbualan dan usikan.

Meneliti sembang panjang mereka, seperkara yang menyamakan tiga bintang muda ini ialah bakat dan peluang dalam jalur seni yang terbentang luas buat mereka selepas mencuba nasib dalam program realiti dan pertandingan pencarian bakat.

08/09/2011
Menyarungkan persalinan baju Melayu sentuhan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek yang berjaya menyerlahkan ketampanan masing-masing, topik perbualan petang itu lebih menjurus soal persediaan menjelang Aidilfitri dan kenangan masa kecil mereka.
Kelakarnya, kedua-dua bintang kelahiran pertandingan Hero Remaja, Kamal dan Fizo masing-masing cuba menyembunyikan perangai nakal mereka daripada diketahui keluarga kerana bimbang dimarahi.

Fizo umpamanya yang membesar dengan lasak di Kota Bharu, Kelantan menyifatkan kedatangan Aidilfitri setiap tahun adalah saat terindah untuknya menghabiskan masa bersama teman, sepupu dan jiran di kampung halaman.

“Kalau diimbas semula, memang macam-macam yang kami lakukan. Maklumlah anak lelaki dan kebetulan saya memang minat bersukan dari kecil. Apabila tiba raya, memang kami semua berkumpul dan inilah masa terbaik untuk bermain. Tapi Alhamdulillah, tidak pula saya sampai bermain mercun hingga membahayakan diri atau merisaukan ibu bapa.

____________________________________

2011 VOLVO C30


_____________________________________


“Jujurnya memang saya rindukan saat itu dan ingin sekali kembali melihat keindahan Aidilfitri ketika masih kecil. Tiada apa yang perlu difikirkan seperti sekarang kerana semuanya ada di depan mata. Apa yang diambil kira adalah persalinan baru dan sibuk mengumpul duit raya,” katanya.

Bintang filem Kongsi yang juga pengacara program 3 Hari 2 Malam ini hadir ditemani ibu dan sepupunya. Meskipun, sudah besar panjang dan pandai berdikari, anak kedua daripada empat beradik ini masih akrab duduk berkepit dengan ibunya.

Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar berkata, tahun ini tiada apa yang istimewa dirancang bagi me�nyambut kedatangan Syawal kerana sibuk menguruskan gerai menjual serunding daging istimewanya di bazar Ramadan di depan Kompleks Pertama, Kuala Lumpur.

“Tahun ini, saya berkejar-kejar menguruskan gerai serunding dan ke lokasi penggambaran. Alhamdulillah, tawaran tidak henti datang hingga Ramadan kali ini saya lebih banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran.

“Saya begitu sibuk dengan melunaskan dua filem iaitu Minyak Dagu dan Azazil. Kemudian berlari pula menyelesaikan watak Ilyas menerusi drama siri baru, Sophia bersama Tiz Zaqyah,” katanya yang pulang ke kampung sehari sebelum raya dan bercuti selama lima hari.

Kamal yang mengakui bahagia bersama kekasih hatinya, Intan Ladyana, gembira pulang beraya di Jitra, Kedah kerana diberi rehat panjang selepas berhempas-pulas sebelum ini.

“Saya memang terlalu penat kerana kerja tidak henti dalam beberapa bulan sebelum puasa. Bayangkan, saya baru saja habis drama Aku Ada Kau Ada, terus ke lokasi drama siri Ana Lulu.

“Kemudian selepas sibuk mempromosikan filem Kembar Siang, saya masih sibuk dengan proses pembikinan filem 3 Temu Janji dan Gerimis Mengundang pula.

“Justeru, saya memang berhasrat ingin berehat seketika sepanjang puasa untuk fokus kepada diri sendiri dan keluarga pula,” katanya.

Menyentuh soal cintanya, Kamal lekas menjawab yang mereka berdua belum terfikir untuk melangkah ke fasa seterusnya kerana masing-masing masih ligat mengukuhkan nama dalam pentas lakonan.

“Kami serius dalam perhubungan dan sememangnya kami ingin mengakhiri percintaan kami ke jenjang pelamin. Bagaimanapun, perkara itu belum sempat kami bincangkan memandangkan masing-masing ligat mencipta nama dan mengejar impian dalam lapangan ini.

“Kami serahkan semuanya pada takdir dan ketentuan kerana jika terlalu mengharap bimbang mengundang rasa kecewa pula kalau sebaliknya berlaku. Setakat ini, saya memang cukup selesa dengan Intan dan bertuah kerana dia tidak henti-henti menyokong apa saja yang saya lakukan terutama soal kerja.

“Begitulah indahnya hubungan ini kerana masing-masing faham dan sentiasa percaya antara satu sama lain. Insya-Allah jika ada jodoh dan kepastian, kami tidak sekali menyembunyikannya,” katanya.

Sementara itu, Amar daripada program Anak Wayang, meskipun profil kerjaya seninya masih baru dan jauh tertinggal berbanding Kamal dan Fizo, si empunya wajah kacak manis ini bersyukur kerana tidak disisihkan terus dari gelanggang seni, sebaliknya masih ramai meletakkan kepercayaan kepadanya.

“Selepas Anak Wayang, saya terus dibawa ke Jakarta untuk drama siri Kau & Aku dan diberi tawaran lain. Jika difikirkan semula, saya memang bertuah. Walaupun masih baru dan belum ada nama yang kukuh, pihak penerbitan dan produksi nampak bakat saya.

“Saya harap diberi watak berat dan serius untuk membuktikan kemampuan selepas ini,” katanya.


PROFIL

FotoAmar Baharin


Nama penuh: Amar Baharin
Tarikh lahir: 1 Julai 1985
Umur: 26 tahun
Tempat lahir: Kajang, Selangor
Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik
Pendidikan: Diploma Kuasa Elektrik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Drama: Laila Manja, Khurafat The Series, Kau & Aku dan Mimi Mencari Cinta
Pencapaian: Finalis program Anak Wayang


PROFIL

FotoWan Hafizol Wan Omar


Nama penuh: Wan Hafizol Wan Omar
Tarikh lahir: 19 Julai 1985
Umur: 26 tahun
Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Filem: 7 Petala Cinta, Hello, Halim Munan, Minyak Dagu, Azazil dan banyak lagi
Drama: Jersi 9, Spa Q Musim Ke-2, Awan Dania Musim Ke-2, Suraya & Bila Musang Berjanggut, Siti Kelembai, Mistik Alam Hitam, Bionik, Cahaya Berbisik, Matahari, La Dolce Amira, Keliwon dan banyak lagi
Pengacara: 3 Hari 2 Malam (TV9), Pakar Kejelitaan (TV3) dan Gen X (RTM)
Teater: Siti Di Alam Fantasi
Pencapaian: Naib Juara Hero Remaja 2007/2008


PROFIL

FotoAhmad Kamal Ahmad Adli


Nama penuh: Ahmad Kamal Ahmad Adli
Tarikh lahir: 16 April 1986
Umur: 25 tahun
Tempat lahir: Pekan, Pahang
Keluarga: Anak ketiga dari tujuh beradik
Pendidikan: Pelajar Bidang Penyiaran di Akademi TV3
Filem: Senario The Movie Ops Pocot, Senjakala, Kembar Siang, Gerimis Mengundang, 3 Temujanji, Pusaka, Senjakala dan Niyang Rapik
Drama: Impian Sunsilk musim pertama dan kedua, Renjis 2, Bio-Nik, Zati & Mawas, Syah Jihan, Ana Lulu, Aku Ada Kau Ada dan Gemilang
Pengacara: Rentak Juara 2008 di RTM1 dan Pandanganku, Ceritaku di Astro Ria
Pencapaian: Juara Hero Remaja 2007/2008

Source:http://www.hmetro.com.my/articles/Rezekilakonanmelimpah-ruah/Article
_______________3 lelaki _____________________End

CERITA BARU


MENARIK! MESTI BACA!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/





3 comments:

Unknown said...

3 lelaki hensem...ahaks...sorry bang assoy..lama tak menyinggah kat sini... mudah2an sihat selalu...amin...

Web mdmk said...

selamat hari raya mohon maaf lahir batin

ASSOYFINGER67 said...

Pendekar Berkuda;haraf kao sentiasa dianugerahkan kesihatan dan kegembiraan..akupun dah lama tak jengah kao...huhu

Web mdmk,sama2..akupun