Salam 7 Syawal.
Cerita berbeza dari 3 artis....sebagai penyeri mood raya..!
_____________________________
Fiza Terpaksa Beraya Dengan Bekas Suami Kerana Anak
Isnin September 5, 2011
KUALA LUMPUR: Aktres Fiza (Elite) atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 30, meluahkan kesanggupannya untuk meraikan pagi 1 Syawal bersama bekas suaminya Ahmed Farriq Zainul Abidin, 31, demi dua anak mereka Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2, yang masih belum memahami perceraian mereka.
Kata Fiza, walaupun dia mengakui keputusan itu adalah berat dan meluluhkan hatinya tetapi ia terpaksa dilakukan demi dua puteri mereka.
"Kalau diikutkan, keputusan untuk berhari raya bersama bekas suami adalah sesuatu yang menyakitkan. Namun, demi kebahagiaan anak-anak saya tabahkan hati dan kuatkan semangat juga.
"Kami terpaksa meraikan Hari Raya bersama kerana anak-anak tidak memahami ibu bapa mereka sudah tidak bersama lagi. Kami terpaksa beraya dan bersikap seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku dalam perkahwinan kami," katanya.
Jelasnya lagi, dia akan membawa anak-anaknya pulang ke kampungnya di Pulau Pinang selepas 1 Syawal lalu bersama bekas suaminya.
Berkongsi tentang cerita lucu di Hari Raya, Fiza berkata, dia terpaksa membeli pakaian baru untuk dua anaknya pada saat-saat akhir selepas pakaian yang ditempah pada seorang tukang jahit gagal disiapkan sehingga ke hujung Ramadan.
"Saya terpaksa membeli pakaian baru untuk dua anak saya di kedai saja gara-gara sikap tidak bertanggungjawab seorang tukang jahit yang gagal menyiapkan pakaian mereka. "Mujurlah, dapat juga cari pakaian yang bersesuaian untuk mereka. Kalau tidak, tentu susah juga," katanya.
Pasangan terbabit bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin. Selepas bercerai, Fiza pernah dikaitkan menjadi punca keruntuhan rumah tangga ibu bapa kepada pelakon remaja Erin Malek.
Orang Kampung Buat Kejutan Raikan NeelofaIsnin September 5, 2011
PETALING JAYA: Pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor, 22, (Neelofa) menganggap pengalaman pertama menyambut Hari Raya sebagai artis memberikan kejutan yang indah apabila dia diraikan dalam sebuah majlis rumah terbuka anjuran sanak-saudara dan penduduk kampung di Pasir Mas, Kelantan pada Hari Raya pertama lalu.
Kongsi Neelofa, majlis tersebut yang lebih bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan penduduk setempat diadakan sebagai tanda kesyukuran dan berbesar hati atas kehadirannya di industri seni.
"Kalau hendak tahu kami sekeluarga dan orang-orang kampung memang rapat. Tambahan pula, memang sudah menjadi trend bagi kalangan orang Kelantan, semangat kenegerian mereka memang kuat dan utuh.
"Apabila mereka dapat tahu saya kini bergelar artis, mereka cukup berbesar hati dan teruja untuk meraikan saya dalam rumah terbuka bersempena Aidilfitri," katanya secara berseloroh.
Bercerita tentang sambutan perayaan Hari Raya, aktres kontroversi ini berkata, dia sekeluarga pulang ke kampung ibunya itu bermula 28 Ogos hingga 4 September lalu dengan menaiki kapal terbang.
"Kami terpaksa naik kapal terbang untuk pulang ke Kelantan kerana keluarga saya besar. Saya ada 10 adik-beradik, jadi tentu leceh pula kalau naik kereta.
"Sambutan Hari Raya tahun ini sama juga macam tahun-tahun yang lalu cuma pada tahun semakin ramai orang mengenali saya.
"Kami sekeluarga akan berkumpul di rumah nenek dan menyambut sanak-saudara dan orang kampung datang saja," katanya yang menggemari menu nasi dagang, laksam dan laksa Siam pada pagi Raya.
Terbaru tentang karier lakonannya, heroin filem Azura 2011 ini berkata, dia akan kembali sibuk dengan pengajiannya sebelum memasuki set penggambaran filem terbaru Lemak Kampung Santan arahan Hans Isaac pada pertengahan September ini.
"Saya baru saja dilamar untuk menjadi duta produk kecantikan Avon bagi menggantikan Nur Fazura. Insya-Allah, segala perbincangan telah dimeterai dan bermula Januari tahun depan saya akan bertindak sebagai wajah baru Avon untuk produk mekap.
"Untuk lakonan pula, saya akan masuk ke lokasi filem Lemak Kampung Santan pada pertengahan September ini,” kata pelajar jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran di Kolej Sunway ini.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/9/5/mstar_hiburan/20110825170722&sec=mstar_hiburan
________________________2___________
Anak Sulung Serikan Syawal Ezany & IsteriIsnin September 5, 2011
KUALA LUMPUR: Pelakon Ezany Nizariff mengakui sambutan Hari Raya pada tahun ini membawa seribu satu makna buat dirinya dan isteri Lizda Nuryanti Abidin apabila penantian selama lima tahun untuk mendapat anak termakbul dengan kelahiran anak sulung mereka, Rayyan Hariz yang kini berusia tiga bulan.
Kata Ezany, keterujaan untuk meraikan lebaran tahun ini sebagai seorang bapa sudah membuak-buak apabila dia sudah menyiapkan pakaian Hari Raya mereka anak-beranak yang bertemakan warna emas sejak awal lagi.
"Maklumlah, ini kali pertama saya dan isteri akan beraya sebagai ibu dan bapa, tentulah kami berkobar-kobar untuk menyiapkan segala kelengkapan sebaik yang mungkin.
"Tahun ini kami memilih tema warna emas dan saya sudah membelikan anak saya beberapa pasang pakaian sejak awal lagi," katanya yang menyambut Aidilfitri di kampungnya di Perlis.
Selain itu, sebagai tanda kesyukuran di atas kelahiran anaknya itu, Ezany juga mengadakan majlis makan secara besar-besaran untuk seluruh ahli keluarganya pada minggu pertama Hari Raya.
Menyentuh pula kerjaya lakonan, aktor yang lebih menyerlah dalam drama di televisyen berbanding filem ini berkata, dia mula berjinak-jinak dalam genre komedi kebelakangan ini kerana berasa lebih relaks dan santai.
"Selepas bercuti selama seminggu pada Hari Raya ini, saya akan kembali ke KL untuk memulakan komitmen drama bersiri Tangisan Bulan Madu musim kedua di samping Rita Rudaini (RTM2).
"Kebelakangan ini saya semakin seronok pula apabila terbabit dengan drama komedi. Selepas ini, saya akan masuk ke set drama Naik Tangga, Turun Lif bersama Norkhiriah dan Fiza (Elite).
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/9/5/mstar_hiburan/20110826173607&sec=mstar_hiburan
__________________3____________End
CERITA BARU- Syarikat Malaysia tipu beribu ribu pelabur di India
- Pemain boling muda Malaysia, Jacqueline Sijore merangkul pingat emas dalam kejohanan wanita dunia
- Tiga orang anak polis maut dalam kemalangan di kilometer 113.6 Jalan Labis-Yong Peng
- Lelaki cedera dimuka akibat disimbah asid di Batu 9, Jalan Labuk, Sandakan
- Dua remaja mati lemas semasa mencari siput di Laguna Semerak
- Penjaga kebun ditemui mati dengan luka di bahagian mulut dan belakang kepala Ulu Yam Lama, Selangor
MENARIK! MESTI BACA!
- Trafik Lebuhraya PLUS 4 September 2011
- Jenazah Noramfaizul Selamat Tiba di TUDM
- Samakan Peminat Anjing & Babi | Gambit Minta Maaf
- Kerajaan Akan Uruskan Perbelanjaan Anak Noramfaizul
- Tarikh-tarikh Perlawanan Skuad Malaysia Bulan September, Oktober & November
- Amuk 40 ‘Sukarelawan’ Belasah Orang
- Mayat Gadis Di Celah Batu
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment