Wednesday, September 21, 2011

MAT SABU DITAHAN

21/09/2011-12:23am
Salam 23 Syawal.
Kesah Mat Sabu...


___________________________________



Mat Sabu ditahan sebelum dibebas dengan jaminan polis


2011/09/20

 GEORGETOWN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sebentar tadi. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.
Tengah hari tadi, Mat Sabu dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di negeri ini bulan lalu. -End



>>article source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MatSabuditahansebelumdibebasdenganjaminanpolis/Article
gambar KP Penang- source:http://panglima-harimau.blogspot.com
gambar mat sabu source:http://www.themalaysianinsider.com

______Mat Sabu ditahan sejurus dibebaskan____End
CERITA BARU


MENARIK! MESTI BACA!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: