Friday, September 30, 2011

NABIL (RAJA LAWAK) SAH BERGELAR SUAMI KEPADA NAZIRAH (ZIRA) 30 SEPT 2011 -GAMBAR


30/09/2011-11:14pm
Salam.
Tahniah buat Nabil dan Zira,agar perhubungan ini berterusan hingga ke syurga! Tak sabar nak baca tajuk:Nabil (Raja Lawak) Sah Bergelar Bapa Kepada anak Nazirah..gurau jer yea! Suka tengok Nabil yang riang ajer!
________________________
Nabil (Raja Lawak) Sah Bergelar Suami Kepada Nazirah
PUTRAJAYA: Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.

SELEPAS melalui pelbagai kontroversi, pelakon Nabil (Raja Lawak) akhirnya selamat bernikah dengan bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub. Kedua mereka selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas solat Asar pada Jumaat
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.
Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.
Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

___________OOONabil n ZilaOOOOOOOOOOtahniahh!

Nabil & Zira NIkah

SONY DSC
all 4 photos above from source:http://www.ohbulan.com/breaking-news-nabil-zira-sah-bergelar-suami-isteri/sony-dsc-714/visit here for more pic n news!

_______________________________
Gambar Pra-Perkahwinan Nabil (Rajalawak) dan Zira Bertemakan Wonderland 2011 (VIDEO)



Nabil & Zira :: save the date from lhmediatv on Vimeo.


FOTO PRA PERKAHWINAN NABIL & ZIRA
Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira
Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira
Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

More picture here>>>all pic source:http://www.ohbulan.com/38-foto-eksklusif-pra-perkahwinan-nabil-zira-bertemakan-wonderland-unedited-version/rdp_7958-2/

_____________End
CERITA BARU


MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

3 comments:

shameel Iskandar said...

moga-moga rumahtangga mereka berdua berkekalan hingga ke akhir hayat

ASSOYFINGER67 said...

shameel Iskandar;thats more like it!

laskar pelangi said...

kan manis kalau bertudung :)