Saturday, September 24, 2011

NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA SAH MENJADI SUAMI ISTERI

24/09/2011-8:16pm
Salam 26 Syawal.
Agar segalanya lancar dan diredhai Allah...semuga jodoh berkekalan hingga ke akhirat...


24 SEPT 2011: Norman Hakim menyarungkan cincin ke jari Memey Suhaiza sambil diperhatikan oleh dua anaknya, Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim dimajlis akad nikah di Felda Tenggaroh 2, Kota Tinggi, Johor. - 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/galeri/galeri_terkini.htm
_________________________
Sah, Norman Hakim Bergelar Suami Kepada Memey Suhaiza
24/09/2011






Hanya sekali lafaz tepat jam 5.11 pm, Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 bergelar suami kepada Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 di kediaman pengantin perempuan, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, petang tadi.
Norman Hakim dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000.
Sejumlah 5 dulang hantan daripada pihak Norman Hakim berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak Memey Suhaiza membalas 7 dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran.
Kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya pada tempat yang sama.
sumber gambar dan artikel:http://www.ohbulan.com/memey-suhaiza-dan-norman-hakim-kahwin/
______________________________
Gambar : Hantaran Pernikahan Memey Suhaiza & Norman Hakim





SONY DSC


SONY DSC
sumber foto dan  more photo here (klik)http://www.ohbulan.com/gambar-hantaran-pernikahan-memey-suhaiza-norman-hakim/sony-dsc-594/

________________________________________
Norman & Memey Bakal Bergelar Suami Isteri Hari Ini

Norman & Memey Sah Bergelar Suami Isteri


KUALA LUMPUR – Ibarat merpati dua sejoli, artis Mohammad Norhakim Zakaria atau Norman Hakim dan Memey Suhaiza Suhaimi selamat diijabkabulkan menjadi suami isteri yang sah di kediaman keluarga pengantin perempuan dekat Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor sekitar jam 5 petang hari ini.
Norman yang merupakan bekas suami kepada Abby Abadi dan ayah kepada Mohamed Danish Hakim 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3 menamatkan zaman dudanya apabila dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000 dengan sekali lafaz sahaja.
Sejumlah 5 dulang hantaran daripada pihak Norman Hakim berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan, sirih junjung dan senaskah Al-quran.
Manakala, pihak Memey Suhaiza membalas 7 dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran, memetik ohbulan.com.
Dengan ini, Memey menamatkan zaman bujangnya pada usia 23 tahun dengan mengahwini Norman yang 12 tahun lebih tua dari dirinya setelah melalui pelbagai kontroversi termasuk dakwaan ditangkap khalwat bersama jejaka yang sama sebelum ini.
Seterusnya, pasangan pengantin baru itu akan bersanding dalam satu majlis gilang-gemilang yang menelan kos sebanyak RM12 juta di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini pada 28 September ini.
Kos tersebut termasuk barang kemas yang diinsuranskan dan juga hiasan dewan yang menampilkan persandingan ala New York rekaan khas perunding perkahwinan, Nas Great Idea melibatkan kos sebanyak RM150,000.
Hiasan dewan yang menampilkan konsep warna putih itu bakal dipenuhi dengan bunga-bunga segar yang diimport.
Memey akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta serta dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.
Selain dua persalinan yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.
Sementara itu, dua pasang kasut yang direka khas oleh Jimmy mengikut kesesuaian pakaian dan hiasan barang kemas yang bakal dipakai oleh Memey dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.
Majlis perkahwinan yang bakal mencatat sejarah sebagai Wedding of The Year itu dijangka dihadiri 200 tetamu termasuk artis luar negara
__________Wedding of the year_________End
CERITA BARU



MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: