Saturday, September 24, 2011

QUE HAIDAR TEKAD UNTUK BERSARA DARI DUNIA FILEM...'MISTERI JALAN LAMA' FILEM TERAKHIRNYA (VIDEO)

24/09/2011-01:43am
Salam 26 Syawal.
Tadi tak ada line internet memaksa aku tidur seawal 9.00 malam ..bangun pagi nie baru ada.
Baru tahu yang filem  Misteri Jalan Lama nie wujud. Rupanya ia sebuah filem Supernatural Aflin Shauki. Macam best ajer. Aflin nie pengarah serba boleh dan biasanya filem dia hasilkan bukan main cincai punya. Que Haidar pula memang antara pelakon yang sedap (menghiburkan) di tonton...bersungguh-sungguh dalam menghidupkan watak dan ada di kelasnya yang tersendiri.

_______________________
'Misteri Jalan Lama' Filem Terakhir Que Haidar
Sabtu September 24, 2011
Aksi Que Haidar sewaktu dalam filem Misteri Jalan Lama.

PETALING JAYA: Wajah pelakon Que Haidar masih boleh ditonton di pawagam menerusi filem terbarunya, Misteri Jalan Lama yang akan ditayangkan pada 24 November depan.
Filem ini dilakonkan Que sebelum dia nekad mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan.
Bagaimanapun apabila meminta pendapatnya tentang kemunculannya di pawagam, Que enggan memberikan apa-apa komen.
"Saya tidak mahu beri apa-apa komen," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online.
Kini, dia banyak menumpukan kepada kariernya sebagai guru lakonan. Namun, baru-baru ini dia menerima tawaran berlakon filem Rock 2 arahan Mamat Khalid.
Kali terakhir Que muncul menerusi filem Lagenda Budak Setan.
Selain Que Haidar antara pelakon yang terlibat dalam Misteri Jalan Lama adalah Hans Isaac, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khan, Afdlin Shauki, Vanida Imran , Marion Counter, Namron, Liyana Jasmay, Sari Yanti, Sabrina Hassan, Adam Corrie Lee, Sobri Anuar dan Yalal Chin.
_______________________Que Haidar_Filem terakhir___End
CERITA BARU


0 comments: