Salam 16 Syawal.
Yelah...kadang-kadang bila dah masuk makhamah baru tahu kebenarannya. Taklah semua kesalahan tertanggung pada sebelah pihak sahaja. Kadang2 fasal kasihan pihak yang nampak mewah disalahkan. Apapun Allah tu Maha Adil. Yelah bila dah hidup mewah,nak kembali ke alam yang lebih daif susahkan!
__________________________
'Nafkah RM1,600 Sebulan Tak Cukup' - Bekas Mertua A.C Mizal
Rabu September 14, 2011
KAJANG: Bekas ibu mertua kepada pelakon, A.C Mizal mendakwa, wang berjumlah RM1,600 sebagai nafkah bulanan untuk seorang anak remaja adalah tidak mencukupi meskipun mengakui jumlah tersebut menyamai gaji permulaan seorang lulusan ijazah dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Rapiah Ab Talib, 62, berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, apabila memberi keterangan selaku saksi kedua dalam permohonan yang difailkan oleh anaknya, Shafnie Zainudin terhadap pelakon dan pengacara berkenaan.
Shafnie, 36, memohon untuk menaikkan jumlah nafkah dua anaknya yang diperoleh hasil perkongsian hidup dengan A.C Mizal yang berjumlah RM300 menjadi RM3,770 sebulan selain menuntut RM9,000 sebagai perbelanjaan tahunan.
Bekas model itu berkahwin dengan A.C Mizal pada 24 Jun 1995 sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001 dan dikurniakan anak, Muhammad Shafiq Iman, 15, dan Muhammad Shabil Iman, 12 tahun.
Apabila dirujuk dengan dokumen perjanjian bertarikh 22 Disember 2004 antara Shafnie dan A.C Mizal, saksi bersetuju bahawa A.C selaku bapa hanya perlu membantu perbelanjaan sekolah anak di sekolah penuh bantuan kerajaan sahaja.
Jika anak tersebut dihantar ke sekolah swasta, A.C Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, bersetuju untuk membantu mengikut kadar kemampuannya.
Justeru itu, apabila ditanya mengapa Muhammad Shafiq Iman dihantar ke sekolah swasta Al-Amin di Bangi, dekat sini, Rapiah menjawab:
"Sekolah swasta itu sekolah agama. Kami mementingkan dunia dan akhirat."
Tambah Rapiah, antara subjek yang diajar di sekolah itu adalah mata pelajaran berkaitan syariah, sirah dan Bahasa Arab.
Saksi yang merupakan seorang pesara juga tidak bersetuju dengan cadangan Siti Aishah bahawa bayaran pembantu rumah yang diminta oleh Shafnie bukanlah sesuatu perbelanjaan yang wajib.
Katanya, pembantu rumah itu ditugaskan untuk menjaga, menggosokkan baju dan memasak untuk anak-anak tersebut kerana dirinya tidak sihat manakala Shafnie bekerja di Shah Alam, dekat sini dan ada kalanya akan pulang pada waktu malam serta banyak bekerja pada hujung minggu.
Siti Aishah: Menggosok baju dan memasak adalah tanggungjawab seorang ibu. Saya katakan sebab plaintif sibuk dengan kerja, maka dia telah mengabaikan tugasnya. Maka, dia yang perlu membayar pembantu rumah?
Rapiah: Tidak setuju.
Seterusnya, Rapiah memberitahu bahawa bayaran percutian adalah satu keperluan setelah penat mengulang-kaji pelajaran, tetapi bersetuju bahawa anak-anak tersebut tidak akan 'mati' sekiranya tidak dibawa bercuti.
Siti Aishah: Adakah defendan (A.C Mizal) perlu membayar kos percutian?
Rapiah: Ya, kerana yang bercuti adalah anak-anaknya.
Siti Aishah: Adakah kos termasuk juga dengan perbelanjaan plaintif semasa bercuti?
Rapiah: Habis, tak akan plaintif tidak ikut? Hanya anak-anak sahaja?
Siti Aishah: Seronoklah begitu, semua orang hendak bercerai. Pergi bercuti bekas suami yang bayar.
Komen spontan yang diajukan oleh peguam syarie terbabit ditegur oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah yang mengingatkannya untuk hanya bertanyakan perkara-perkara yang perlu.
Mengenai keterangan Rapiah yang mengatakan A.C Mizal mampu untuk memakai kereta mewah, dia mengakui bahawa perkara itu hanya diketahui daripada surat khabar dan majalah yang tidak menyatakan harga sebenar dan cara pembelian kereta terbabit sama ada dibuat secara tunai atau pinjaman.
Dia juga mengakui bahawa hanya mengetahui mengenai lakonan A.C Mizal di televisyen apabila diberitahu oleh anak-anak tersebut menyebabkan saksi tidak dapat memastikan jika pelakon itu memegang watak utama atau watak sambilan.
"Saya hanya nampak lakonan di televisyen sekilas. Saya tak tengok kerana tak berminat," tambahnya.
Rapiah juga menafikan bahawa Shafnie pernah berkata bahawa dia tidak mahu menerima wang dari A.C Mizal kerana beranggapan wang daripada hasil lakonan adalah haram.
Sepanjang Rapiah memberi keterangan, Shafnie yang duduk bersebelahan peguam syarie, Abdul Haziq Izzat dilihat beberapa kali mengesat air mata memandang ke arah ibunya.
Perbicaraan bersambung pada 21 November depan untuk membolehkan Rapiah disoal semula oleh peguam syarie Shafnie.
___________dari tepi kain AC Mizal_________End
CERITA BARU- Mayat warga emas ditemui dalam keadaan kaki dan tangan terikat di Taman Bumi Cemerlang, Ketari, Bentong
- PERMOHONAN PENAJAAN MARA PROGRAM PASCA SISWAZAH DALAM NEGARA 2011
- Mayat wanita di temui terbaring di hadapan pasar raya di Ipoh
- Cerita Mahkamah: Guru cabul Pelajar lelaki berusia 7 tahun|Lelaki bawa pisau untuk minta hutang
- Kes Khalwat Ako Mustapha dengan wanita bukan Islam: Ako bebas dari hukuman penjara
- Restoran Makanan segera di Malaysia masih menggunakan bahan yang ada DNA babi
MENARIK! MESTI BACA!
- Keputusan Terkini Piala Malaysia 13 September 2011 | Jadual Piala Malaysia 13/09/11
- Nur Aisyah Mariam Meninggal Selepas Demam Berpanjangan | Safura Reda
- Mamat Sepah Anggap Tuduhan Yang Dibuat Adda Melampau
- Penutupan Jalan-jalan Utama Di Ibu Kota Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia
- NGO Jingga 13 Mohon Menghadap Tuanku Mizan
- Universiti Perdana | Penuntut Diberi Biasiswa – Najib
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment