Friday, September 16, 2011

SELAMAT HARI MERDEKA 2011

16/09/2011-10:54am
Salam 18 Syawal.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia.
Tema:1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera 
_______________________

PM teruja sambutan rakyat


2011/09/16


KONTINJEN perbarisan bersiap sedia sejak awal pagi untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia 2011 yang diadakan serentak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pagi ini
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa teruja dengan sambutan dan persembahan sempena sambutan serentak Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, di Dataran Merdeka, pagi ini. 

"Nyata sekali sambutan ini amat meriah, saya dapat rasai semangat Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia bergema dalam setiap sanubari setiap rakyat," katanya di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, sesuai dengan tema sambutan kali ini yang lebih merujuk kepada orang muda, beliau yakin pembangunan dan perpaduan negara terus dipacu dengan lebih hebat dengan wujudnya dokongan generasi muda.
"Saya lihat ramai orang muda hari ini yang memberi sokongan dan meluahkan semangat jitu dan saya yakin dokongan anda semua akan menjadikan Malaysia lebih hebat lagi," katanya. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PMterujasambutanrakyat/Article
________________________________________
   

Sambutan Hari Merdeka, Hari Malaysia meriah 


2011/09/16

14 SEPT 2011: Murid darjah 3, Nur Alia Shuhadah Abdul Rahim bersama rakan-rakannya melaungkan
http://www.utusan.com.my
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-34 yang disambut serentak buat julung kalinya disambut penuh meriah dengan kehadiran kira-kira hampir 20,000 pengunjung dalam dan luar negara yang mula memenuhi pekarangan di Dataran Merdeka, di sini, seawal jam 7 pagi.Acara dimulakan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memeriksa perbarisan kontinjen kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Tuanku Mizan mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.
___________________________________________


Teks Penuh Ucapan Najib Sempena Hari Malaysia 2011

 read:http://suarabawahtanah.com/2011/09/15/teks-penuh-ucapan-najib-sempena-hari-malaysia-2011/


___________________________________________
Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ia disusuli dengan persembahan Kumpulan Drumline dan perarakan kontinjen yang mengambil bahagian.

Selain itu, perarakan Kereta Berhias bertemakan kejayaan program transformasi daripada POS Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia dan kenderaan nasional daripada PROTON dan PERODUA turut memeriahkan perarakan.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin; Yang Di-Pertua Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin, Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini bertemakan Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SambutanHariMerdeka_HariMalaysiameriah/Article

___________Merdeka!________End

CERITA BARU




MENARIK! MESTI BACA!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/