07/09/2011-05:17pm
Salam 9 Syawal.
Debat sana ,debat sini....Dalam perdebatan bukan pangkat yang penting tapi ilmu dan pengetahuan. Cara MB Kedah mengutarakan pendapat tu tak betul dan tak berapa bernas. Dalam perang adaker Hitler kena tembak dengan Presiden USA.Apapun jangan korang sangka aku pro Khairy J. tu,sebenarnya akupun agak meluat cara dia tapi apa yang benar kenalah kita cakap kebenarannya. Tak semestinya dia menteri,dia boleh baca fatihah dengan betul. apapun jangan aibkan orang walau sengatnya dah hilang, cakap dengan menjaga maruah saudara muslimin kita..tak salahkan.(Tak taulah kalau wartawan yang lapor tulis salah)
________________________________
Khairy tak layak berdebat dengan Mat Sabu: Azizan
2011/09/07
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak layak untuk berdebat dengan Mohamad Sabu berhubung kontroversi Mat Indera. Sebaliknya kata beliau, sebagai Timbalan Presiden PAS, Mohamad yang dikenali Mat Sabu lebih layak berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno."Siapa Khairy? Ketua Pemuda saja, biarlah yang sama tahap berdebat... kalau Khairy berdebat dengan Mat Sabu sama macam pasukan bola sepak Brazil lawan dengan pasukan bola sepak Tokai (sebuah kampung di Kedah)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini.Beliau juga membidas media yang didakwanya tidak memberi peluang kepada Mat Sabu untuk membuktikan siapa Mat Indera.
Azizan mengulas kenyataan Khairy yang bertegas untuk berdebat dengan Mat Sabu sekalipun Dewan Pemuda PAS mencadangkan debat antara Khairy dan Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi.
Khairy dalam entri twitternya berkata, beliau hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu kerana pemimpin PAS itu penyebab kontroversi sekarang.
Mengulas lanjut, Azizan berkata, beliau pernah menyarankan agar tokoh sejarah berbincang dengan Mat Sabu mengenai isu tersebut.
Media sebelum ini melaporkan Mat Sabu pada satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, menamakan Mohamad Indera atau Mat Indera serta anggota pengganas komunis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai wira sebenar. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhairytaklayakberdebatdenganMatSabu_Azizan/Article
_______________________jangan kata begitu_________End
CERITA BARU
- Pemandu di Jabatan Kerajaan terbunuh dalam kemalangan di Jalan Tunku Osman, Sibu, Sarawak
- Rompakan di Jalan Tasek 24, Bandar Seri Alam: kontraktor syarikat perkapalan maut, isteri cedera parah
- Tiga terbunuh dalam kemalangan van terbabas ke dalam parit di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Bukit Merah
- Dewi Persik akan berlakon dalam filem porno|Gambar buah dada Dewi persik dalam Pacar Hantu perawan
- Shila Amzah muat naik 45 lagu di You Tube
- Kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan , Disember 2009:Pemandu bas Sani Ekspres dikenakan hukuman 4 tahun penjara
- Yahoo bertukar CEO
MENARIK! MESTI BACA!
http://stewardjohn.com/
2 comments:
x sangka pulak dlm politik pun ada ranking FIFA! hahaha
Belalang Hijau;tulah fasal..abang besar kena lawan abang besar juga maa!
Post a Comment