Salam 27 Syawal.
Surat diambil dari sahabat pendekarberkuda...suka membacanya...rasa sedikit puas pun ada..nak juga jerit.."sukati lu lah nak buat apa...!"
___________________________
Pendekar Berkuda,
Pohon Tinta,
Kembayat Negara.
Datuk Seri,
SURAT TERBUKA KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Dengan segala hormat dan tunduk gaya jepun perkara di atas adalah dirujuk.
2. Assalamualaikum datuk seri...Tujuan surat saya ini adalah untuk memberikan pandangan saya mengenai beberapa isu yang bermain di dalam negara lewat kebelakangan ini. Jadi, di harap datuk seri sudi memberikan sedikit masa untuk membacanya. (Padahal saya tahu datuk seri tak akan baca surat saya ini sebab saya ini bukan surat tapi post entry...)
3. Yang pertamanya, berkaitan dengan isu cukai 6% kepada kad tambah nilai prabayar.. Saya setuju sangat dengan cukai tambah nilai tersebut. Almaklumlah, saya orang kaya..kerajaan pula orang miskinja...sampai terpaksa mengemis kepada budak-budak kecil untuk mendapatkan wang. Jangan lupa yangpemakai simkad prabayar majoritinya adalah golongan remaja dan budak sekolah... Mereka ini orang-orang yang kaya datuk seri... Kalau tak, mana mampu beli handphone canggih sentuh skrin walhal sekolah pun tak abis lagi.... Jadi bolehlah kerajaan yang dah tua ni..(54 tahun dah...) minta sedekah dengan budak-budak tu kan? ala..apalah sangat dengan 6%...60 sen je pon....
4. Kes video Anwar Ibrahim...sampai bila agaknya kes ini akan terus berlanjutan? Macam drama TV dah jadinya...kalau buat drama bersiri mesti hits punya kan? So, apa kata kalau kita jadikan anwar ibrahim watak utama untuk drama tu... yela...alang-alang dah kisah benar tentang dia...biarlah dia berlakon in the reality kan kan kan? Macam rancangan Keeping With The Kardhasian pulak. Takpun Paris Hilton punya siri. Ye la...orang malaysia kan suka bab-bab drama yang real ni? Tak apa...kes ini boleh di tangguh-tangguh lagi...sampai saksi-saksi tu mampus nazak pun tak apa kan? Bolehlah buat drama baru nanti dengan alasan tak cukup pelakon...Kes-kes lain yang bertimbun tu pulak kita bako jerrrr...kita tumpukan je kat anwar...Kes-kes lain tu mana penting kan?
5. Isu Lynas Malaysia...IAIEA dah cakap selamat...so, apa kita nak bising-bising kan? Hehehe...rakyat bukan tahu apa itu pelupusan sisa bahan nadir bumi...mereka kan "pandai" sangat....so, tak perlu kita nak hairan dengan cakap-cakap mereka...Kita boleh kaut untung banyak walaupun kita bagi pelepasan cukai selama 12 tahun kan kan kan? Kita cakap la orang Australia tu bodoh sebab tak bagi projek yang menguntungkan ni di bina kat negara diorang... bebal diorang tu kan? Kita mesti nak untung walaupun nanti ada yang mampus dan terkubur sebab pencemaran dari kilang tu kan kan kan? Apa sangatlah nilai nyawa beberapa orang dengan kekayaan yang boleh kita dapat melalui projek ini betul tak?
6. Isu Namewee jumpa datuk seri....Kalau kita nak rakyat sayang kita...kita biarkan mereka hina kitadulu...biar dia hina lagu negara kita dulu...biar dia hina agama kita dulu... lepas tu kita ugutlah dia dengan hukuman sekian-sekian... nanti dia mesti jadi baik kan? Mesti dia akan puji kita ni kerajaan yang baik...walaupun maruah kita di pijak-pijak...kita masih lagi baik kan? Sampai boleh angkat orang yang menghina negara dan agama kita sebagai hero... wah...hebat kan kita ni? Datuk seri tak perlu kisah tentang hati rakyat yang berdarah di tikam dan di siat-siat oleh hero kita ni sebab rakyat kita ni MUDAH LUPA otak mereka...terencat barangkali....
7. Isu ISA dimansuhkan.... negara kita ni dah aman sangat kan? so, apa perlunya lagi ISA tu ye dak? Kita tak mahu jadi macam Singapore yang akan tangkap mana-mana pemimpin pembangkang yang akan menceritakan kebenaran kepada umum... yang kita tahu...kita semua betul...orang lain tak betul kan datuk seri? So, kita bolehlah mansuhkan ISA dan gantikan dengan Akta yang yang tak tahu bila akan wujud...kalau ada sebarang ancaman kepada keselamatan negara dalam tempoh masa sebelum akta baru itu...kita cuma perlu isytihar darurat saja kan? senang..biar rakyat tanggung semua...hahaha...
8. Isu Pulau Pinang...saya dapat tahu bahawa Lim Guan Eng dua kali sebulan ulang-alik ke Singapore untuk tarikh pelabur asing dari Singapore ke Pulau Pinang. Dan sekarang ni lebih 70% tanah-tanah kat penang dah di beli oleh pelabur dari Singapore. Komtar pun dah dimiliki oleh mereka...Orang melayu di halau keluar dari Pulau secara licik...hehehe...hebatkan Lim Guan Eng ni datuk seri? dia bijak papar kat media yang dia dah berjaya tarik ramai pelabur asing ke Pulau Pinang selepas memerintah...Tapi dia sorokkan fakta yang majoriti pelabur asing tu datang dari Singapore. Bijak tak dia? Orang Melayu mana nampak benda macam ni kan datuk seri kan?
9. Isu Selangor...hehehe..ini yang paling menarik...PKNS yang diperjuangkan oleh orang melayu untuk membela nasib para peniaga melayu dan menjadi tempat mereka berniaga dah jadi hak milik cina...60% dari bangunan PKNS dah jadi milik pelabur dari Singapore...hebat kan tu? Para pelabur asing dah berjaya tawan tiang bendera Melayu yang berdiri gagah sebelum ini... Dan boleh pulak turunkan bendera dari situ...yeah~! hebatlah mereka ini datuk seri...saya pun kagum.... Satu lagi yang orang Selangor tak pandang adalah mengenai barisan Exco Negeri yang majoritinya adalah cina...hahaha...so, kalau kita nak buat apa-apa keputusan mengenai kebajikan orang Melayu, maka kena ada majoriti...tapi kalau dah cina yang pegang kuasa tu...jangan nak harap la kebajikan orang melayu terbela... mesti mereka akan kata...nak sama-rata...padahal cakap tak serupa bikin...hihihi... Sesiapa yang belajar perlembagaan dan kuasa pasti tahu benda ni...mudah saja kan? hiks hiks hiks....
10. Isu sosial....ini isu yang paling kurang orang ambil tahu...kita sibuk bercakap tentang isu ini..polemik sana sini...tapi setiap kali bercakap...pasti isu ini akan jadi lebih teruk...rakyat pun makin rosak...bila dah rakyat rosak...generasi masa depan pun rosak...thehehehe...hebat tak? Bila generasi masa depan dah rosak... orang melayu pun tetap akan menang... menang sorak kampung tergadai...tak gitu datuk seri?? Hehehehe....
11. Isu 1 Malaysia...datuk seri seringkali laungkan 1Malaysia...Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan...tapi orang tak pandang sangat...sampai bila-bila pun rakyat takkan dapat bersatu selagi orang melayu tak bersatu...kita sibuk perang mulut sana sini...huha sana..huha sini...tapi kita tak cuba baiki rumah kita yang dah hampir roboh...kita biarkan rumah kita kena pecah sikit demi sikit asalkan kita menang sorak...hahaha...hebatkan kita ni datuk seri?
Sudah...panjang lebar pula saya tulis..tapi macam saya cakap siang-siang tadi..datuk seri tak akan baca yang ini kan? hehehe...
Sekian...
Saya yang buta sebelah mata...
Pendekar Berkuda.
Pengasas,
Seni Pendekar Berkuda.
Solid source from:http://www.pendekarberkuda.org/2011/09/surat-terbuka-untuk-perdana-menteri.html
__________________End
- CERITA BARU
- Apa Kata Ibu Memey Tentang Perkahwinan Memey Suhaiza Dan Norman Hakim
- Lee Chong Wei kecundang dalam terbuka Jepun
- Hentikan cerita bunuh diri, merasakan diri umpama mati hidup semula- Marsha Milan Londoh
- Permohonan maaf sudah di buat oleh Farahwahida, Julfekar tarik semula saman
- Kes bom di Golok : Polis buru Suhaidi Kubaru dan Roslan Kubaru
- Tiga Beradik bangga menjadi “Call Girl”
- Ambulans dirempuh Perodua Myvi di Kilometer 156.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
- Remaja 13 tahun cabul kanak kanak 4 tahun dalam eksperimen seks ketika bermain ‘Pondok pondok’
MENARIK! MESTI BACA!
- Main Pondok-pondok & Tiru Aksi ‘Panas’
- Bayi Sembilan Bulan Maut Dalam Selimut
- Anak Anggota Polis Trafik Maut Terjatuh Dari Tingkat 5
- Highlight Piala Malaysia 24 September 2011
- Perlaksanaan Hukum Hudud | DAP Mahu Mesyuarat Tergempar
- Keputusan Terkini Piala Malaysia 24 September 2011
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment