Thursday, October 13, 2011

HASLINDA DAN MOHD AMIN - PENJARA SERTA- MERTA (BACA)


Perantara pelacuran: Hukuman Haslinda, Mohd. Amin kekal

13/10/2011- 10:43pm
Salam.
Lamanya nak selesaikan satu2 kes yer...1995 - 2011.




______________________________________________
13/10/2011 7:40pm
PUTRAJAYA 13 Okt. - Hukuman penjara 10 bulan yang dikenakan terhadap bekas penerbit rancangan televisyen, Haslinda Merican M.A. Merican
 dan bekas perunding kewangan, Mohd. Amin Jamadi kerana kesalahan menjadi perantara pelacuran melibatkan empat artis wanita, 16 tahun lalu, dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus dan Hakim Datuk Clement Allan Skinner turut mengekalkan denda RM5,000 terhadap kedua-duanya selepas rayuan akhir mereka ditolak sebulat suara.

Dengan keputusan itu yang diumumkan pukul 6 pukul petang tadi, Haslinda dan Mohd. Amin yang dibebaskan dengan jaminan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sementara menunggu rayuan akhirnya, diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta.

Mereka didapati bersalah pada 4 Oktober 2000 kerana menjadi perantara pelacuran terhadap empat artis wanita (nama mereka dirahsiakan oleh mahkamah) di antara pukul 8 dan 10.30 malam, 27 Jun 1995 di lobi Hotel Ming Court (kemudian dikenali sebagai Hotel Corus), Jalan Ampang di ibu negara.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(1)(k) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
Haslinda dan Mohd. Amin diwakili oleh peguam Gurbachan Singh manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abas dan Najib Zakaria.

Kes berprofil tinggi itu pernah mendapat liputan meluas pihak media kerana beberapa nama orang kenamaan dan artis terkenal wanita turut disebut ketika perbicaraan yang bermula pada 13 November 1995. 


_____________________________IMBAS>>
ARKIB : 14/11/2006

Pelakon gagal dikesan, kes ditangguh kali keempat

PUTRAJAYA 13 Nov. – Pendakwa raya yang gagal mengesan pelakon drama, Norliana Sulaiman memohon penangguhan kali keempat kepada Mahkamah Rayuan hari ini untuk rayuan terhadap pembebasan Norliana daripada tuduhan memberi keterangan palsu ketika menjadi saksi kes perantara pelacuran, Haslinda Merican, lapan tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Shamsul Sulaiman memohon penangguhan itu setelah memaklumkan bahawa polis masih gagal mengesan Norliana kerana alamat yang diperoleh tidak lengkap menyebabkan notis rayuan tidak dapat diserahkan.


‘‘Ini merupakan kali keempat pihak pendakwa memohon penangguhan kerana responden masih gagal dikesan,” katanya ketika disoal oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff yang bersidang bersama Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Hakim Datuk Hasan Lah.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Shamsul meminta bantuan orang awam yang mengenali Norliana dan mengetahui tempat dia berada supaya menghubungi balai polis berdekatan.


Pada 20 Jun tahun lalu, pihak pendakwa raya terpaksa memohon penangguhan rayuan atas alasan yang sama iaitu kegagalan menyampaikan notis kepada pelakon yang juga merupakan adik kepada artis yang kini bergelar ahli perniagaan, Zarina Zainuddin.


Pihak pendakwa merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Norliana, 31, setelah mendapatinya tidak bersalah atas tuduhan memberi keterangan palsu pada perbicaraan kes perantara empat artis melacur.


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 April 1998 menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Norliana yang juga dikenali sebagai Liana kerana didapati bersalah terhadap dua tuduhan memberi keterangan palsu pada perbicaraan itu.


Dia dituduh melakukan perbuatan itu ketika menjadi saksi pendakwa dalam perbicaraan pengurus produksi sebuah syarikat penerbitan filem, Haslinda Merican M. A. Merican dan perunding kewangan, Mohamed Amin Jamadi yang dituduh menjadi perantara kepada empat artis wanita dalam kegiatan pelacuran.


Menurut kertas pertuduhan, keterangan pelakon itu bercanggah daripada percakapan yang diberikannya kepada polis ketika soal siasat. Norliana didakwa memberi keterangan palsu yang pertama pada 6 Februari 1996 di Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Jalan Raja, Kuala Lumpur di hadapan Hakim Zura Yahya.


Mengikut tuduhan pertama, Norliana telah memberi percakapan kepada Asisten Supritendan Shamsiah Yusof yang ketika itu adalah pegawai penyiasat kes Haslinda, kira-kira pukul 3 petang, 30 Jun 1995 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.


Menurut percakapan tersebut, pada 26 Jun 1995, Linda (Haslinda) telah menelefon pelakon itu dan menawarkan bayaran antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk sebuah ‘show’ yang difahaminya sebagai adegan seks bersama lelaki.
Sebaliknya, percakapan itu bercanggah dengan keterangannya di mahkamah bahawa Linda (Haslinda) 
menghubunginya untuk bertanya sama ada dia (Norliana) berminat menjadi pembantu pengacara sebuah rancangan kuiz.


Mengikut tuduhan kedua, Norliana telah menyambung percakapannya mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah kepada Shamsiah pukul 11.50 pagi, 9 September 1995 di tempat yang sama.

__________________End

CERITA BARU




MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: