Friday, October 7, 2011

KAMAL ADLI,OLIVIA LUBIS BERCINTA?


07/10/2011-06:04am
Salam.
Cantikkan Olivia tu!
_______________________
Kisah Cinta Kamal Adli, Olivia Lubis Hangat Di Indonesia
Jumaat Oktober 7, 2011
Kamal dan Olivia Foto THESTAR AZLINA ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli mengakui terkejut apabila digosipkan sedang asyik bercinta dengan pasangannya dalam filem Gerimis Mengundang, Olivia Lubis Jensen oleh media di Indonesia.
Kata Kamal, dia terkejut melihat sebuah rancangan hiburan Indonesia yang menceritakan tentang percintaan mereka sepanjang berada di lokasi penggambaran filem itu.
“Di Indonesia memang saya sedang digosipkan bercinta dengan Olivia, saya sendiri terkejut apabila berita tentang kami disiarkan selama satu jam.
“Sedangkan kami langsung tidak bercinta, tapi saya faham tugas media di sana yang mahukan lebih gosip panas berbanding cerita biasa. Tapi kalau boleh biarlah di sana sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama pelakon-pelakon filemGerimis Mengundang, di sini, Khamis.
Tambah Kamal, biarpun kebanyakan laporan media di negara itu tidak tepat, namun ia merupakan satu publisiti untuk dirinya dan filem tersebut.
_________________________________Selingan





___________________malaysia VS AustraliaILIVE!
“Cerita yang digambarkan oleh media Indonesia sangat dahsyat sehinggakan seperti kami betul-betul bercinta. Ada peminat yang menonton rancangan-rancangan hiburan di sana percaya tentang cerita itu.
“Walaupun perkara tersebut tidak benar tapi saya yakin ia adalah cara untuk mereka mengangkat nama saya dan mempromosi filem tersebut,” jelasnya.
Ketika sesi memasukkan suara untuk filem Gerimis Mengundang
Kata lagi, disebabkan gosip percintaan tersebut juga dia mendapat tawaran berlakon sinetron oleh beberapa buah produksi Indonesia.
“Saya ada dihubungi oleh beberapa orang yang meminta biodata diri untuk produksi drama Indonesia, tetapi saya tolak kerana masih belum bersedia.
“Saya rasa belum sampai masanya untuk ke sana kerana pelakon-pelakon Indonesia semuanya hebat-hebat belaka jika dibandingkan dengan bakat lakonan saya,” ujarnya.
Filem Gerimis Mengundang terbitan E-Rama Creative Sdn. Bhd. dengan kerjasama Wanna-B Music Production dari Indonesia ini dijangka akan ditayangkan secara serentak di kedua-dua buah negara pada Mac 2012.
______________________End
CERITA BARU




MENARIK! MESTI BACA!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: