Sunday, October 30, 2011

NEGERI SEMBILAN MUNCUL JUARA PIALA MALAYSIA 2011- HAI-O MUNCUL WIRA (VIDEO)

30/10/2011-01:25am
Salam.
Negeri Sembilan juara Piala malaysia mengalahkan Terengganu.Hai-O muncul wira dan menutup mulut 8 jurulatih bolasepak  yang mengandaikan peluang juara adalah pada Terengganu....Terengganu ditewaskan oleh orang sendiri....dengarnya jurulatih Terengganu campak medal yang dia dapat pada penonton Terengganu...(tengok kat TV),tak tau,betul ker?Marah sangat kot tapi apa yang pasti N9 cuti Isnin..!
___________________________
Negeri Sembilan Julang Trofi Piala Malaysia 2011
Hairuddin (tengah) menjaringkan gol kemenangan buat Negeri Sembilan.Foto: Fazry Ismail/ THE STAR
SHAH ALAM: Pasukan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu.
Gol pertama skuad Penyu dijaringkan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke-59 namun skuad Rusa bangkit menyamakan kedudukan selepas tendangan S. Kunanlan gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee sekali gus menyaksikan bola melantun ke dalam gol pada minit ke-81.
Sementara itu, gol kemenangan Negeri Sembilan dijaringkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-86 perlawanan.
Kedudukan 2-1 sehingga tamat permainan.
Skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah ini berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga selepas turut bergelar juara pada tahun 2009 dan 1948.
Pasukan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu. Foto: GLENN GUAN/The Star 

TERENGGANU: Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mazlizam Mohamad, Mohd Zubir MohdAzmi (Helmi Remeli), Mohd Mazuki Yusof, Mohd Faizal Mohamad, Reeshafiq Alwi,Mohd Ashaari Shamsudin, Josep Kalang Tie, Ahmad Nordin Alias, Abdul Manaf Mamat,Abdul Hadi Yahaya.
N. SEMBILAN: Mohd Farizal Marlias, Mohd Aidil Zafuan, Norhafiz ZamaniMisbah, Irwan Fadli Idrus, Qhairul Anwar Roslani, Idris Abd Karim, MuhamadShukor Adan, S.Kunalan, Abdul Halim Zainal, Shahurain Abdul Samah, HairuddinOmar.
Pengadil: Shokri Nor
________________________________End
CERITA BARU

MENARIK! MESTI BACA!

1 comments:

cik panadol said...

Walaupon tak p stadium..Seronok tgk game mlm td...jantung asyik berdebar2 je...kalah org nk nikah haha...

Tahniah n9...